Kanta Sentuh Untuk Sukan Dan Riadah
Assalamualaikum...
Kelebihan CL berbanding cermin mata dalam bersukan.....
- Medan penglihatan tepi (periferi) yang lebih baik : Untuk bersukan, memang ada google khas untuk memberikan permandangan yang lebih jelas jika kita menjeling melalui ekor mata... Google ni boleh ditempah mengikut preskripsi mata korang... Walaubagaimanapun... google yang berprekripsi ni mmg mahal harganya kerana kanta nya perlu ditempah khas untuk memuatkannya dalam frame yang berbentuk 'curve'. Tambahan lagi, kualiti optikal kanta di bahagian sisi tidaklah begitu baik kerana terdapat lebih distortion di bahagian tepi kanta (efek2 berwarna) yang akan mengganggu penglihatan periferi... Dengan penggunaan CL, korang dah payah risau tentang masalah permandangan sisi korang... korang dah boleh jeling2 atas, bawah, kiri kanan tanpa perlu risau permandangan korang kabur...
- Medan penglihatan yang luas : Jika korang pakai cermin mata, dah tentu la bingkai tu akan menghalang sedikit medan penglihatan dan akan mengurangkan kecekapan korang dalam melihat objek yang datang dari arah bawah, tepi dan juga atas... CL memberikan medan penglihatan yang maksimum dan korang boleh bertindak balas dengan cepat...
- Penglihatan kekal jelas : CL memberikan permandangan yang jelas dalam pelbagai keadaan cuaca. tidak seperti cermin mata yang akan berkabus semasa keadaan hujan...
- Kurang risiko kecederaan : Cermin mata mempunyai risiko untuk pecah dan ini akan mencederakan mata. CL adalah amat sesuai untuk aktiviti sukan lasak...
- Terasa lebih stabil pada penglihatan : Dengan cermin mata, korang mesti akan menghadapi masalah bila berlari dan akan dapati frame akan kerap tergelongsor di bahagian hidung... Tiada masalah ini dengan CL...
- Penglihatan jelas dengan komponen keselamatan : Pemakai CL tetap akan terasa selesa walaupun alat2 aksesori sukan lain di pakai seperti google untuk berenang, topi keledar, dan sebagainya... Cermin mata sudah semestinya akan mengganggu pemakaian aksesori terbabit...
Aktiviti sukan dan riadah selalunya membawa kepada persekitaran yang tidak begitu bersih dan membawa kepada kewujudan mikrob... Disebabkan itu, CL pakai buang sehari di cadangkan untuk para atlet yang tak mahu memakai cermin mata apabila aktiviti riadah dijalankan... CL jenis ini tak memerlukan pencucian dan CL akan terus dibuang selepas dipakai secara maksimum 8 jam sehari... Korang boleh mengurangkan risiko infeksi disebabkan kewujudan mikrob pada CL yang tidak dicuci dengan bersih...
Satu lagi CL yang dicadangkan ialah RGP (rigid gas permeable) di mana CL ini amat sesuai untuk persekitaran dan situasi yang di lalui para atlet sepanjang hari... RGP adalah amat sesuai untuk atlet profesional yang menjalankan latihan sepanjang hari... RGP boleh dipakai lebih lama kerana oksigen lebih mudah untuk memasuki mata berbanding CL lembut biasa.... Sifat material RGP yang kenyal membuatkan debu2 dan deposit tidak terkumpul pada CL dan ini akan membuatkan pencucian CL lebih senang.....
walaubagaimanapun, sifat RGP CL yang lebih keras dari CL lembut yang biasa buatkan RGP CL tidak sesuai sangat di pakai bagi aktiviti riadah yang singkat... Ini kerana RGP CL memerlukan masa yang agak lama untuk adapt di dalam mata... RGP just digalakkan untuk pemakaian terus tak kira la samaada waktu bersukan atau tak.. RGP jugak tidak digalakkan untuk sukan yang mempunyai risiko impak kepada mata seperti bola sepak, hoki dan sebagainya pasal ianya boleh mencederakan sel2 kornea jika terkena impak
Bagi korang yang memang tak suka pakai cermin mata atau CL bile beriadah, korang boleh cuba Ortho-K CL... Ortho-K ni korang kene pakai bile tido malam n bile korang bagun tido...zassss... korang dah boleh melihat dunia dengan lebih jelas tanpa memerlukan cermin mata... Best kan... CL generasi baru ni mmg amat di cadangkan untuk atlet... Dengan ini, atlet sepenuh masa dapat menjalankan aktiviti tanpa perlu risau tentang penglihatan dan penjagaan CL...
Majula Sukan Untuk Negara....:)
Tinggalkanla komen kalau ade pertanyaaan yer...
Adios......
'YOUR EYES COMPANION'
terima kasih atas jwpn yg diberikan..
BalasPadamtp CL tu perlu ke high WC or high Dk/t?
atau semua tu depends pada tempoh pemakaian?
of coz higher dk/t kan.. high wc x sesuai pasal atlet ni kan biasenyer dlm keadaan kering n kotor... lagipun soft CL yg bnyk WC akan serap air n sebabkn dry eye... tu kenapa RGP yg paling direkomen..:)
BalasPadamsaLam...
BalasPadamtuKang tuLis sorg dr pmakai cL dan alhamdulillah xde pape mslah slama pkai cL slama ni...
tp,kdg2 pkai cL ni agak cerewet...
tuKang tuLis tertarik pd ortho-K ni...
bleh dapat katne?
cr pmakaiannya?
kos nye?
dan cr penjagaannya?
kalau de masa,
arap sgt bleh kongsi sket kat page anda...
tQ!
Bagus2...klu pemakaian CL terjaga..mmg takde masalah..
BalasPadamnantikan post akan datang khusus tentang ortho-k yer..
sye nk tnye cl ortho k bole menghilangkan rabun jauh x??
PadamRGP tu sy rs agak bahye la klu pakai wat bersukan..sbb kebanyakan sukan yg sy ceburi kebanyaknnye bleh meyebabkn impak maksima.. sy rs plg seswai sekali yg pakai buang tu..
BalasPadamyup..klu sukan mcm bola sepak, basketball agak tidak sesuai.. tapi dari segi fisiologinyer RGP adalah pilihan terbaik sekali dan amat sesuai di pakai untuk riadah2 yg tidak berisiko untuk mendatangkan impak terus kepada mata...
BalasPadamsy nak tanye skitla dgn en.eagle's eye... sy nih seorg perenang kebangsaan.. kebiasaannye sy akan mggunakn CL ketika berenang.. adakah CL sy akan terdedah kpd mikroorganisme dlm kolam ktk berenang?.. slps berenang kdg2 mata sy merah..
BalasPadamsaya rase en perenang mesti ade pakai google kan? klu x pakai google mmg akan mendtgkan kesan yg buruk pada mata... kemungkinan kolam renang yang digunakan mempunyai mikrob2 merbahaya dan yang terkenal adalah Acanthamoeba sp yg boleh memberi kerosakan teruk pada kornea....
BalasPadamBerenang juga akan menyebabkan fitting CL korang menjadi lebih ketat, dan ini akan memberi damage pada sel2 kornea..Pakailah google untuk berenang yer..
Kalau main bola sepak,manakah pilihan yang terbaik?
BalasPadamKanta sentuh pakai buang harian adalah yang terbaik untuk atlit semasa game.
Padamklo pakai cl pakai buang mse jogging bahaya x???
BalasPadamklo pakai cl pakai buang mse jogging bahaya x???
BalasPadamCL terbaik utk jogging atau bersukan ialah CL pakai buang harian. Pilihan tepat!
Padamnk tnye psl cl ortho k, bende tu mmg confirm bole hilang kan rabun ke??? rabun sye dh truk power mta kanan 500 lebih mata kiri 400 lebih...bape harge cl ortho k tu??
BalasPadamGoggles.. not google LOL
BalasPadam