6 Makanan Terbaik Untuk Mata Yang Sihat



Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Buat mereka yang mempunyai passion yang tinggi terhadap makanan tetapi dalam masa yang sama mementingkan kesihatan terutama kesihatan mata dan penglihatan. Pada hari ini saya kongsikan 6 jenis makanan berkhasiat yang mudah didapati di negara kita yang kebanyakan dari kita tidak tahu bahawa makanan-makanan tersebut mempunyai penyumbang kesihatan terbaik untuk mata manusia.



Kailan (Kale), Bayam (Spinach), Collards
Ketiga-tiga sayuran yang disenaraikan di atas adalah sayuran berdaun hijau yang sangat kaya dengan sumber Lutein dan Zeaxanthin. Lutein dan zeaxanthin merupakan bahan antioksidan yang berfungsi dalam melindungi
dan mengekalkan kesihatan sel dalam tubuh badan. Merujuk kepada American Optometric Association,  lutein dan zeaxanthin (yang terkandung di dalam sayur tersebut) digambarkan sebagai "internal sunglasses" yang berfungsi "menapis gelombang biru" yang berada di persekitaran kita.


Tiram (Oysters)
Tiram merupakan makanan yang kaya dengan sumber zinc. Kekurangan zinc dikaitkan dengan gangguan penglihatan, penglihatan yang teruk pada waktu malam dan masalah katarak.

Pengambilan nutrien ini juga memperlahankan perkembangan penyakit degenarsi makular berkaitan umur (age-related macular degeneration) di mana sering terjadi pada mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Bagi mereka yang tidak menggemari atau alah kepada tiram, anda juga boleh mencuba makanan lain seperti udang kara (lobster), ikan salmon, daging merah atau susu sebagai sumber zinc menggantikan tiram.


Aprikot
Aprikot kaya dengan sumber Beta Carotene dan Lutein. Beta carotene dan lutein adalah dari kumpulan Caretonoids yang membantu dalam mengekalkan fungsi penglihatan yang baik.

Secara fisiologinya, tubuh manusia menukarkan beta carotene kepada bahan yang lebih ringkas iaitu Vitamin A. Vitamin inilah yang berfungsi mengelakkan kerosakan sel dan tisu mata serta melindungi kanta dalam mata.


Ubi Keledek atau Ubi Stelo (Sweet Potatoes)
Ubi keledek atau dikenali juga sebagai ubi stelo di kalangan masyarakat Kelantan adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C dan Vitamin A.

Hidangan satu mangkuk ubi ini membekalkan anda lebih daripada keperluan Vitamin A seharian. Selain dari ubi keledek, buah oren juga boleh dijadikan hidangan sebagai bekalan Vitamin A menggantikan ubi keledek.


Telur
Telur adalah satu lagi amkanan yang kaya dengan zinc. Selain itu telur juga kaya dengan sumber Omega 3 dan lutein.

Telur juga mengandungi caretonoids tetapi peratusannya adlah tidak sebanyak seperti sayur-sayuran hijau. Tambahan pula penyerapan caretonoids dari sayur-sayuran hijau adalah lebih baik daripada telur.


Gandum
Kandungan vitamin E yang tinggi dalam gandum berupaya memperlahankan degenerasi makular pada mata dan juga mengurangkan risiko katarak.

Selain daripada gandum, anda juga boleh mengambil almonds, biji bunga matahari (sunflower seeds), mentega kacang (peanut butter) serta ubi keledek (sweet potatoes) seperti yang telah dinyatakan di atas.

1 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

1 ulasan:

  1. Entri yang menarik!! Minta utk share produk.

    TRI-GOLD Eyecare
    Berminat untuk memulihkan RABUN MATA anda. PROMOSI YES!!!YES!!!YES!!!. Produk memang berkesan dan terbukti. Boleh ke blog kami untuk maklumat lanjut http://ubatipenyakitrabun.blogspot.com :) :) :). Penghantaran keseluruh malaysia.

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik