Atasi Mata Silau Dengan Kanta Photochromic




Assalamualaikum dan salam kemerdekaan,

Saya pasti kebanyakan daripada pembaca pernah mendengar berkenaan dengan kanta photochromic. Bagi mereka yang baru 1st time dengar, saya perkenalkan kanta photochromic atau dikenali juga sebagai photogray sebagai kanta kacamata yang boleh bertukar kegelapannya apabila terdedah kepada cahaya UV.


Seperti contoh, jika pemakai photochromic berada di kawasan yang redup tanpa cahaya matahari, kanta kacamata tersebut akan berada dalam keadaan normal iaitu lutsinar. Tetapi jika beliau melangkah saja keluar ke rumah, seperti contoh panas tengahari bulan-bulan puasa macam ni, kanta tersebut akan bertukar kepada warna yang lebih gelap dan meredupkan penglihatan.


Kadar Kegelapan

Ramai juga yang bertanya kepada saya, gelap kanta photochromic ni sama macam gelap sunglasses ke? Sebenarnya tahap kegelapan kanta photochromic ni bergantung kepada tahap pendedahan kanta tersebut kepada sinar UV (saya rujuk kepada matahari kerana matahari merupakan sumber terbesar sinar UV). 

Pertukaran kegelapan photochromic mengikut keadaan tertentu

Jika keadaan sangat terik, kanta photochromic akan dirangsang secara maksimum dan kegelapannya akan menghampiri sunglasses lebih kurang 75%. Namun jika keadaan agak redup, kegelapannya adalah sedikit sahaja dan sangat light.

Seperti yang saya nyatakan di atas, kegelapannya adalah mengikut pendedahan kepada sinar UV dan BUKAN KEPANASAN. Oleh itu, para pembaca jangan keliru bahawa kepanasan tidak menyebabkan pertukaran warna photochromic. Jangan pula nanti bila tengah bakar lemang tu, anda pergi dekat dengan api tu semata-mata nak tengok perubahan warna. Takut nanti anda pula yang bertukar warna  nanti hehehe.. Saya dah warning tau..


Kawasan Tanah Tinggi
Kawasan tanah tinggi terdedah kepada radiasi UV kerana kedudukan yang lebih hampir dengan matahari

Ada situasi di mana kanta photochromic akan bertukar gelap dalam keadaan sejuk. Jika para pembaca seorang pemakai kanta photochromic dan pernah pergi ke Genting, perasan tak yang kanta photochromic tersebut bertukar gelap? Tak perasan? Kalau ada snap gambar, cuba belek balik gambar-gambar lama anda tu. Saya pasti kanta tersebut sebenarnya bertukar kepada lebih gelap. Keadaan tersebut terjadi kerana kedudukan altitud yang tinggi dan terdedah kepada sinar UV yang lebih banyak di kawasan tersebut.


Jenama-Jenama Kanta Photogrey

Untuk pengetahuan para pembaca, photochromic atau photogray merupakan nama umum bagi kanta yang bersifat boleh bertukar kegelapannya. Kedua-duanya adalah benda yang sama. Namun begitu, kanta photogrey ini juga terdapat dalam beberapa brand atau jenama.

  1. Transitions
Website Transitions


Jenama yang terkenal dan sedang mendominasi pasaran ialah Transitions yang dibangunkan oleh Transitions Optical Inc. (Pinellas Park, Fla.). Kepopularannya menyebabkan kebanyakan daripada kita memanggil semua produk photochromic sebagai Transitions. Contoh mudahnya ialah seperti Maggi.. "Ko makan apa tu?" "Aku makan megi la..biasakla ujung-ujung bulan.." sedangkan yang dimakannya ialah Cintan. Agak pelik pada telinga kita jika beliau cakap "Aku makan cintan la.." Sama jugak halnya dengan Transitions. Lepas baca entry ni harap anda tak tersilap lagi yek.

Transitions terdapat dalam dua pilihan warna iaitu warna kelabu dan perang atau coklat. Tetapi di Malaysia yang lebih popular ialah warna kelabu kerana mata akan lebih selesa pada waktu panas terik. Manakala warna perang lebih sesuai kepada mereka yang tinggal di kawasan sejuk.

   2. SolioGray & Soliobrown


Di Malaysia Soliobrown dan Soliogray dibangunkan oleh Hoyalens. Seperti tertera jelas pada namanya, photochromic ini terdapat dalam dua warna iaitu kelabu (gray) dan coklat atau perang (brown). Seperti juga Transitions, warna kelabu merupakan pilihan ramai rakyat Malaysia.

   3. Colormatic
Website Rodenstock


Pernah tak dengar jenama Rodenstock? Saya pasti orang-orang lama mesti tau dengan syarikat ni. Syarikat ni merupakan syarikat optikal otai yang berasal dari negara Jerman. Photochromic yang dihasilkan Rodenstock dipanggil sebagai Colormatic. Yang menariknya berkenaan dengan Colormatic ini, ia terdapat dalam warna hijau di samping warna kelabu dan coklat.

Contoh yang saya berikan di atas merupakan photochromic high end dan harganya yang agak tinggi berbanding dengan photochromic biasa. Contoh photochromic biasa adalah seperti Transchromic. Dari segi performance, terdapat perbezaan di antara photochromic high end dan biasa ini. Antara perbezaannya ialah dari segi kadar kecepatan pertukaran warna, tahap kegelapan maksimum dan sifat kelutsinarannya bila tiada sebarang rangsangan sinar UV.


Isu Di Dalam Kereta


Bagi para pembaca yang sedang atau pernah memakai kanta photochromic ni, perasan tak kanta tersebut tak berapa nak gelap semasa anda tengah memandu walaupun masa tu anda memandu menghadap matahari terik? Ini disebabkan cermin depan kereta anda atau windscreen mempunyai perlindungan sinar UV. Oleh itu kanta photochromic tersebut hanya bertindak balas pada baki-baki sinar UV yang "terlepas" dan tidak akan gelap sepenuhnya.

Oleh itu, WAJIB bagi optometris atau optician untuk menerangkan mengenai ini kepada anda supaya anda tak kecewa di kemudian hari. Sehubungan dengan itu, anda dicadangkan untuk memakai sunglasses semasa memandu dalam keadaan panas terik kerana ianya lebih membantu.


Kebaikan Photochromic


Sebagai rumusan saya senaraikan kebaikan pemakaian photocromic:

  1. Memberikan keselesaan pada mata semasa berada di tempat panas terik matahari.
  2. Melindungi mata 100% daripada radiasi sinar UV yang merbahaya. 
  3. Perlindungan daripada sinar UV berupaya mengelakkan penyakit katarak, pterygium dan berbagai-bagai lagi.
  4. Sebagai ganti kepada sunglasses (selain daripada di dalam kenderaan). Bagi pemakai kacamata yang sebelum ni susah untuk memakai sunglasses, pastinya boleh beraksi hensem dan ayu dengan kanta ini.

Wassalam...

5 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

5 ulasan:

  1. Ingin bertanya, bercadang untuk membuat lens Photochromic, disebabkan power/prescripsi mata saya agak tinggi, (850 + silau 200) maka pihak kedai mengatakan lens tidak menyokong power saya. Soalan saya, benarkah lens photochromic ini mempunyai maximum power/prescripsi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yepp betul tu..kebiasaannya had power untuk kanta photochromic ni setakat -4.00/silau -2.00 sahaja. Untuk mereka yang mempunyai power lebih dari ni, selalunya dicadangkan untuk pakai Clip-On atau sunglass dengan power (prescription sunglasses)

      Padam
  2. aslm....kalau saya pernah membuat pembedahan kornea transplan boleh tak untuk membuat lasik ni....sebabnya skrg saya masih memakai cermin mata...ape risikonya...sebab saya mengalami silau

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu buat pemeriksaan kornea untuk mengetahui kestabilan kornea terlebih dahulu. Pada pendapat saya lebih baik saudara/saudari teruskan memakai kacamata untuk mengelakkan risiko kepada kornea. Jika silau, gunakan kanta photochromic atau tint.

      _____________________
      Muhamad Azwan Ismail
      60193804268
      Twitter
      Facebook

      Padam
  3. Saya silau . Boleh tak saya pakai sunglasses bila bawah matahari terik and taknak pakai spek yang berkanta fotokromik ? Maksudnya pakai sunglasses bila bawah matahari sahaja .

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik