Permata Hijrah : Dari Perspektif Berbeza V1


Assalamualaikum.....


Pekaba semua....Harap2 sihat semua yuk! :) Waktu ini, jam 10.46, bertempat di salah sebuah cyber cafe di Felda Gugusan Adela, Kota Tinggi... Ntah mcm mane aku tibe2 terpanggil nak mengulas tentang isu yang telah lame dibincangkan oleh seantero malaysia khususnye masyarakat melayu. Isu ni mmg agak kontroversi serta hangat diperkatakan tentang keberkesanan serta tak kurang juga ada yang bercerita tentang ketidakpuas hatian tentang satu produk yang dipanggil PERMATA HIJRAH....

Aku sblm ni mmg amik sikap tunggu dan lihat dalam mempersoalkan produk ni... Bukan ape... aku masih dalam tempoh mengumpul macam2 data yang patut sebelum aku layak untuk mengulas perkara nih.. Even skrg pun bile aku nak menulis pasal Permata Hijrah ni, Aku masih mengumpul macam2 feedback tentang produk ajaib nih.... Harapan aku siri2 artikel aku pasal nih dapat dipersembahkan dengan bias yang minimum al-maklumla aku nih adalah salah seorang pengamal optometri....Pembaca blog skalian dialau2kan untuk memberikan komen....

Orait... Permata Hijrah ni sebenarnya adalah ramuan yang dihasilkan menggunakan air zam-zam dan dicampurkan dengan pelbagai ramuan bukan dari bahan kimia yang merbahaya. Ramuan ini didapati dari kajian melalui kitab2 tua pondok2 agama di Kelantan dan Pattani. 2 orang tabib dari salah sebuah negeri di pantai timur telah menghasilkan formulasi yang dikatakan boleh merawat pelbagai penyakit mata seperti katarak, glaukoma, dsb serta tidak ketinggalan boleh memulihkan rabun sehingga tak perlu memakai cermin mata (Rujuk poster mereka diatas!)

Sebelum aku mengulas lebih lanjut, jom kita jenguk kembali tentang pelbagai produk yang hampir serupa yang telah berada di pasaran sebelum toner mata Permata Hijrah diperkenalkan.

1. Qurrotaini (popular pada awal tahun 2005)
2. Ainun Thohirah (muncul di pasaran pada tahun 2007)

Produk ini diformulasikan oleh seorang doktor pengamal akupuntur dari Terengganu dan dijual pada harga RM12.90 hingga 59.90. Jenama2 ini juga mempunyai cecair untuk rawatan resdung. Produk ini amat popular kerana harga yang ditawarkan adalah amat murah. Berbeza dengan Permata Hijrah, harga sebotol kecil ubat titis boleh mencecah RM599!. Walaupun begitu Permata Hijrah juga menyediakan 'eye-mo like' eyedrops untuk menyegarkan mata dan membuang lendir2 di mata yang dijual pada harga RM 12.90. Persoalannya disini kenapa harga produk Permata Hijrah ini lebih mahal dari produk terdahulu yang pernah wujud walaupun khasiat yang dihebahkan hampir sama? Kenapa ade gred atau klasifikasi yang membezakan harga setiap produk Permata Hijrah?

Sbnrnye perbezaan harga dalam produk Permata Hijrah ini adalah dari cecair yang melarutkan 'Pearl Extract' yang terkandung dalam toner terbabit. Gred A yang berharga mahal mampu melarutkan 'Pearl Extract' supaya mudah diserap oleh2 sel2 mata....Di sini mereka claim dengan gred yang lebih tinggi (lebih mahal) boleh merawat hampir semua penyakit mata!. Tapi sebenarnya Ekstrak Mutiara serta supplemen2 mata yang lain seperti Natberry dan sebagainya mmg mujarab untuk mencegah dari terjadinya masalah2 kepada tisu2 penghubung serta tisu2 saraf dan kita sedia maklum terdapat pelbagai rangkaian sistem saraf dalam mata kita. Tetapi harus difahami supplemen ini lebih kepada MENCEGAH penyakit....

'Spray' mata Permata Hijrah hanya mengandungi zat zat, vitamin dan mineral untul kesihatan mata, kulit, saraf dan sel2 yg perlu di perbaiki. Kandungan mutiara mengandungi collagen untuk mengukuhkan tisu2 penghubung, dan unsur tiram yg penuh dengan mineral zink iaitu bahan yg boleh mengikis lendir dan kotoran, serta dalam kajian telah membuktikan dengan amalan supplement zink akan mengurangkan risiko terjadinya katarak. Billberry (antara bahan dalam produk Permata Hijrah) akan kukuhkan kapillari darah, dan dapat membantu untuk mengatasi rabun malam iaitu nightblindness kerana antioxidant dari billberry ini dapat menambahbaik sel2 retina kita, Air beralkali dalam campuran ekstrak mutiara toner ini , seperti mana kita tahu,tidak membenarkan mikrob (kuman) untuk hidup bebas dalam mata. Dengan ini jelas bahawa produk Permata Hijrah tiada bahan khas yang telah terbukti boleh penyakit yang telah berlaku dan menyerang mata kita....


Fuhhhh.....bnyk lagi aku nak citer ni....dalam siri artikel ini pada masa akan datang akan aku selitkan tentang :


1. Mitos/Misconcept tentang penyakit mata dan Permata Hijrah

2. Notifikasi penarikan Kementerian Kesihatan Malaysia terhadap produk Permata Hijrah

3. Logik atau analogi terhadap penggunaan Permata Hijrah kepada mata kita.

4. Dll yg aku rase nak celoteh....haha....orait.....


p/s : Aku akan simpulkan tentang hasil pemerhatian aku tentang Permata Hijrah ni bila siri artikel ni selesai...:)


adios.....



'YOUR EYES COMPANION'


5 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

5 ulasan:

  1. bosan1:22 PG

    weh..nice artikel bro..aku pn rasa public misunderstand this product and tuan pny kompeni amik peluang utk auta lg(based on poster) orang in need sggp bayar ape sahaja utk sihat..

    BalasPadam
  2. masyarakat kita terutama org tua terlalu tkt dgn perkataan surgery..so klu dgr ade rwtn blh pulihkan katarak ke DR ke, lebih suka try..

    BalasPadam
  3. bro,
    haritu pengedar pH ni datang kat kampus kami. kawan sy try, saya perasan satu perkara yg dia buat. lepas dia sembur pH ni kat mata, dia akan urut sekeliling mata. lepas beberapa lama urut, buka mata pastu penglihatan rasa jelas skit.

    sy hairan mcm mana dia berlaku, kalo boleh nak tau serba ringkas mekanisma yg berlaku. kalo bro ada idea

    BalasPadam
  4. azuwan..

    urutan melalui permata terapi mmg terbukti boleh melegakan astenopia (keletihan pada mata) dan unsur ekstrak mutiara yg mengandungi mineral zinc boleh 'mencuci' mata dari lendiran dan kotoran

    dalam jangka masa panjang bilberrry dalam produk pH boleh MENCEGAH dari penyakit mata di sertai amalan diet yg seimbang..

    apa yg di concernkan adalah strategi pemasaran pH dan aftercare bg pengguna produk pH...

    BalasPadam
  5. kalo benar bagus ya baguslah

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik