Teknologi Baru Ubah Power Kacamata Anda



Assalamualaikum w.b.t...

Apa khabar semua pembaca-pembaca setia blog kami? Kami berdua berharap anda semua berada di dalam keadaan dan situasi yang terbaik di kala penghujung Ramadhan yang mulia ini... Lagi beberapa hari kita akan menamatkan bulan Ramadhan 1430 dan akan memulakan bulan Syawal 1430 Hijrah... Marilah kita bersama-sama menggunakan sebaik-baiknya peluang yang ada ini untuk mendekati dan mencari keredhaanNya... Insyaallah...zasss...

Ok kali ini saya ingin berkongsi bersama-sama para pembaca sekalian berkenaan dengan teknologi kacamata terkini yang telah dibangunkan dengan sukses sekali oleh pakar-pakar di Universiti Oxford, United Kingdom.... Mereka adalah:

Dari kiri atas: Professor Josh Silver, Dr Graeme Mackenzie; Bawah: Dr David Crosby

Universiti Oxford mempunyai pusat penyelidikan penglihatan yang disertai oleh beberapa bijak pandai yang sentiasa menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) berkenaan dengan penglihatan manusia global... Pusat ini dinamakan sebagai Pusat Penglihatan Untuk Negara Membangun (The Centre for Vision in the Developing World-saya akan menggunakan VDW sebagai singkatannya)... Mereka mempunyai misi di mana ingin membantu mereka yang berada di negara-negara membangun yang amat memerlukan bantuan penglihatan... Di sana mereka telah merekacipta kacamata yang kuasanya boleh diubah sendiri oleh pemakai berdasarkan apa yang dilihat oleh si pemakai....emmm bunyi yang agak menarik bukan...? Gambarnya adalah seperti di bawah ini atau seperti gambar 3 orang pereka kacamata ini di atas....


Ciptaan yang kreatif ini sebenarnya adalah agak kontroversi di kalangan individu-individu tertentu lebih-lebih lagi di kalangan mereka yang terlibat di dalam perniagaan optikal... Oleh itu sebelum kita pergi jauh ke dalam lagi mari kita lihat apa yang menyebabkan mereka sangat berdedikasi untuk membantu mereka yang berada di negara membangun ini....

MASALAH YANG MEMBELENGGU MASYARAKAT NEGARA MEMBANGUN

Untuk lebih daripada satu bilion manusia di negara-negara membangun, kacamata merupakan satu keperluan kehidupan yang mustahil... Perkhidmatan pemeriksaan mata berkala di sub-Saharan Africa adalah hampir tiada dan ada juga di beberapa tempat di sana pemeriksaan mata adlah dilarang sama sekali.... Kurangnya kualiti penglihatan di kalangan mereka menyebabkan produktiviti kerja yang menurun, peluang pekerjaan baru yang kurang, kualiti kehidupan yang rendah dan tentunya kebutaan yang tidak dapat dicegah.... Tambahan pula bilangan optometris atau optician yang sangat rendah di negara tersebut menambahkan kesulitan mereka untuk mendapatkan khidmat pemeriksaan mata...

Di negara-negara maju, kacamata diperolehi di praktis optometris atau di kedai optikal di mana proses penghasilan kacamata tersebut akan melibatkan makmal dispensing kanta iaitu kanta kacamata akan dihasilkan dan akan dipotong mengikut bentuk bingkai yang dihajati... Walaubagaimanapun, di negara-negara membangun proses tersebut akan melibatkan kos yang tinggi dan ini akan mengakibatkan harga kacamata menjadi lebih tinggi... Masyarakat di sana merupakan masyarakat yang miskin dan ini akan mengakibatkan mereka menjauhi untuk memakai kacamata walaupun mereka sangat memerlukan kacamata tersebut..... Atas sebab inilah VDW mengorak langkah mencipta Kacamata Adaptif ini khusus untuk membantu masyarakat susah ni negara-negara membangun...

RALAT REFRAKSI (RABUN) DAN REFRAKSI-SENDIRI (SELF-REFRACTION)

Langkah-langkah Refraksi Sendiri

  1. Untuk permulaan semua subjek akan disaring dan jika perlu subjek akan diberi Kacamata Adaptif...
  2. Kemudian subjek akan mengubah tahap kejelasan mata kanan dan kiri secara berasingan....
  3. Setelah memperolehi tahap kejelasan yang optimum, kacamata tersebut akan diset dan alat pengubah yang mengandungi cecair akan dibuang...dan kacamata tersebut boleh dipakai seperti biasa....


Proses yang tersangatlah mudah bukan...? Pemasangan alat Kacamata Adaptif ini juga sangatlah mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang tinggi...

Kelebihan

Kacamata Adaptif ini sanagt sesuai bagi pasaran negara-negara membangun di atas beberapa sebab:
  1. Dapat mengurangkan bilangan optometris berkelayakan atas dasar kenegaraan di mana sukar untuk memberikan rawatan kepada masyarakat di sana....
  2. Secara tidak langsung akan mengurangkan kos lebih -lebih lagi kos untuk membina sebuah klinik....
  3. Pembuatan kacamta tersebut secara pukal akan meningkatkan taraf ekonomi di negara tersebut...
Kekurangan
  1. Kuasa astigmatism tidak dapat dibetulkan dengan cara ini... Oleh itu mereka yang mempunyai astigmatism tidak akan memperolehi tahap penglihatan yang memuaskan....
  2. Kuasa rabun (miopia atau hiperopia) yang tinggi tidak dapat dibetulkan menggunakan kacamata ini di atas sebab kacamata ini mempunyai julat yang rendah sahaja....
  3. Rendahnya tahap pendidikan masyarakat di sana akan menyebabkan penerangan mengenai pemasangan dan pemakaian kacamata ini menjadi lebih rumit lebih-lebih lagi bagi mereka yang sangat asing dengan alat bantuan penglihatan ini....
  4. Hanya terdapat dalam bentuk bingkai bulat sahaja.....
Di negara membangun, kacamata ini telah dipakai seramai lebih 30,000 orang dewasa dan pemakaian kacamata ini akan melibatkan kanak-kanak sekolah pula setelah kajian lengkap dijalankan.... Kajian akan dilakukan di Boston (USA), Shantou dan Guangzhou (China)... seramai 1,800 orang pelajar akan diambil iaitu 600 orang di setiap kawasan berumur di antara 13 sehingga 16 tahun....

Itu adalah di pasaran negara membangun..bagaimana pula dengan negara maju....adakah Kacamata Adaptif ini akan menembusi pasaran negara maju? Apa pendapat anda semua.... pasti kacamata seperti ini akan memberikan impak yang besar terhadap dunia perniagaan optikal....dan saya pasti anda semua tak sabar untuk mendapatkan kacamata ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang sering tukar kacamata pada setiap tahun dengan harga yang tinggi bukan...hehehe...tapi saya pasti jika kacamata ini menembusi pasaran negara maju, harganya mungkin akan diluar dari agakan anda KECUALI negara China yang terkenal dengan industri pembuatan itu berjaya meniru teknologi tersebut berkemungkinan harga akan menjadi rendah....seplosen dari saya...(-^^-)Y Yessszasss!!!


Sebarang maklumat lanjut berkenaan kacamata ini boleh rujuk di website VDW seperti berikut

Di bawah adalah video yang disampaikan oleh Professor Josh Silver.....

1 Comments
Disqus
Fb Comments

1 Komentar:

Puisi : Mata Memandang Dengan Penuh Cinta


Mata memandang dengan penuh cinta
Laksana tatapan Siti Hajar
ketika ia di tinggal dipadang Gersang
Antara Safa dan Marwa mengejar fatamorgana
Walau lelah tetap bersabar
Pada Ismail juga rahmat itu datang

Mata memandang dengan penuh cinta
Laksana tatapan cinta Ya'kub kepada Yusuf
Meredup ketika cintanya menjauh
Menjadi samar ketika ia tak tersapa
Seperti samarnya mata memandang huruf-huruf
Kembali ketika hatinya dapat disentuh


Mata memandang dengan penuh cinta
Seperti cinta yang ditunjukkan Ibnu Maktum
Walau ia ditolak namun tak pernah menyerah
Berjalan di kegelapan ia meraba
Demi persembahan mawar sekuntum
Kepada Zat yang patut disembah


Mata memandang dengan penuh cinta
Tak ada dendam yang ada hanya bahagia
Mata memandang dengan penuh cinta
Tak ada serapa yang ada tegur sapa

Puisi Ketuhanan Ini Hasil Karya Hassan Arriauwy

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Sepintas Lalu : Bilik Pemeriksaan Mata Optometri : Part 1


Assalamualaikum...

Selamat menjalani ibadah puasa bagi pengunjung blog Mata dan Penglihatan....Harap2 taun ni dapatlah kita melengkapkan bulan ibadah ni dengan penuh keberkatan.....

Dalam post kali ini, akan dipaparkan secara sepintas lalu keadaan di dalam sesebuah bilik pemeriksaan mata Optometri yang dapat memberikan perkhidmatan pemeriksaan mata yang komprehensif kepada para pelanggan dan pesakit. Bilik pemeriksaan Optometri yang lengkap mempunyai pelbagai alat yang boleh melakukan pelbagai prosedur dalam Pemeriksaan Mata Optometri.

Pemeriksaan Mata Optometri mencakupi pemeriksaan seperti

1. Penilaian tahap refraktif mata untuk pendispensan kaca mata (Spectacles Prescription)
2. Penilaian terhadap keboleh-upayaan mata untuk memakai kanta sentuh serta evaluasi jenis
kanta sentuh yang akan dicadangkan kepada pelanggan
3. Penilaian tahap penglihatan dua mata (binokular) pelanggan yang melibatkan masalah2
juling, mata malas, mata letih dan sebagainya
4. Saringan tahap kesihatan mata dan mengesan kemungkinan kewujudan penyakit2 mata.
5. Ujian tahap penglihatan serta mendispenskan alat bantuan penglihatan terhad bagi pesakit
'low vision' (hampir buta)

Bilik pemeriksaan Optometri yang lengkap biasanya terdapat di Unit2 Optometri di Hospital2 Kerajaan di seluruh Malaysia. Di premis2 swasta, kemudahan alatan pemeriksaan tidaklah mencapai tahap seperti di hospital dan hanya terdapat beberapa premis sahaja di Malaysia ini yang mempunyai alatan2 dan mesin2 yang setaraf dengan bilik pemeriksaan Optometri di Hospital Kerajaan.

Walaubagaimanapun, setiap premis Optometri di Malaysia mempunyai alatan yang asas untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kpd pelanggan dan pesakit. Melalui Bahagian 1 ini, pembaca2 dapat mengetahui sepintas lalu tentang alat2 dan mesin2 yg paling asas.


1. Carta Snellen/Carta Projektor/Carta LCD


'Snellen Chart' di gunakan untuk mengukur tahap penglihatan mata. Biasanya Carta Snellen ini terdapat dalam pelbagai jenis susunan huruf yang disusun secara menurun mengikut saiz. Sekarang, telah terdapat pelbagai kaedah untuk memaparkan Carta Snellen (Projektor, LCD dsb). Terdapat pelbagai notasi di Carta Snellen untuk menyatakan tahap penglihatan korang. Sebagai contoh : 6/6 untuk penglihatan yang terbaik dan 3/60 untuk penglihatan yang sangat teruk ('low vision'). Carta Snellen konvensional memerlukan panjang bilik sekurang2nya 3 meter untuk menepati jarak penglihatan yang diperlukan.


Carta Snellen yang dipancarkan melalui sistem projektor. Terdapat pelbagai lagi carta penglihatan yang boleh dipaparkan melalui sistem projektor



Terkini, Carta Snellen dan carta2 penglihatan yang lain boleh dipaparkan di dalam 'LCD' yang berbentuk seperti televisyen. LCD ini dilengkapi dengan perisian yang boleh memaparkan pelbagai jenis carta penglihatan dengan pelbagai saiz. Penggunaan LCD ini dapat mengurangkan keluasan bilik yang diperlukan untuk pemeriksaan mata.


2. Trial Set/Foropter




'Trial Set' adalah set kanta2 yang digunakan untuk melakukan pemeriksaan 'power' mata kepada pelanggan. Set kanta ini mempunyai pelbagai 'power' kanta mengikut julat kuasa mata manusia. Biasenye, set2 kanta ni disertai dengan alatan lain seperti 'trial frame' dan 'Cross Cyl'. Kanta2 yg terdapat pada Trial set ini merangkumi kanta yg digunakan untuk menilai astigmatism (rabun silau) dan kuasa prism (untuk juling)



'Trial Lens' berkuasa -1.50 DS



'Trial Frame' yg digunakan bersama 'Trial Lens' dalam mengukur status refraktif mata


Terkini, foropter digunakan untuk menggantikan Trial Set konvensional. Foropter (seperti gambar diatas) lebih mudah digunakan serta menjamin keselesaan pelangan



3. Lensmeter/Fosimeter




Lensmeter atau nama lain nya fosimeter adalah alat yang digunakan untuk mengukur kuasa kanta. Alat ini biasanya digunakan untuk mengukur 'power' kaca mata pelanggan yang lama. Ini adalah bertujuan untuk membandingkan kuasa preskripsi terbaru mata dengan kuasa kaca mata sebelum ini. Perbandingan kuasa ini dapat mencadangkan penyelesaian masalah yang timbul dengan pemakaian kaca mata yang lama.


Autolensmeter : Jenis Lensmeter terkini menggunakan sistem digital


Para pengunjung2 yang budiman.... alat2 dan mesin2 yang dinyatakan di atas adalah yang paling asas sekali yang perlu ada dalam sesebuah bilik pemeriksaan mata optometri. Harus dinyatakan di sini, alat2 yang diterangkan di bahagian 1 ini hanya boleh menentukan kuasa refraktif serta tahap penglihatan pelanggan dan pesakit sahaja dan tidak lebih dari itu. Alatan dan mesin yang lebih canggih di perlukan untuk melakukan prosedur selanjutnya dalam pemeriksaan optometri.

Nantikan post bahagian 2 untuk sepintas lalu alatan2 dan mesin2 yang lain.

adios....

'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik