Tips Memilih Bingkai Kacamata Sesuai Dengan Bentuk Muka



Assalamualaikum......

Ok kali ini saya nak berkongsi dengan anda perkara yang agak subjektif sedikit iaitu berkenaan dengan pemilihan bingkai kacamata yang bersesuaian dengan bentuk muka anda...saya pasti ramai di antara kita yang masih tercari-cari bagaimana ingin memilih bentuk bingkai kacamata yang sesuai.....

Apabila sudah tiba masa untuk anda menukar kacamata, semestinya di dalam fikiran anda sudah terbayang fesyen-fesyen bingkai yang terbaru....dan sudah semestinya di setiap praktis optometri atau di kedai optikal menyediakan anda beratus-ratus bingkai yang bakal merambangkan mata anda....tetapi anda ingin cuba semua? Pastikan anda tidak berbuat demikian!! Jika tidak pasti semua yang ada di dalam kedai tersebut mula tersengih kambing menunggu anda membuat keputusan.....huhuhu......

Bentuk Muka Asas

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan bentuk muka manusia kerana kebanyakan bentuk muka manusia terdiri daripada kombinasi sudut dan bentuk yang pelbagai....walaubagaimanapun terdapat TUJUH bentuk muka manusia yang asas: bulat (round face), oval/bujur sirih (oval face), oblong (oblong face), segitiga (base-down triangle face), hati (heart face/base-up triangle face), berlian (diamond), petak (square face)....optometris atau optician yang baik akan menggunakan panduan ini untuk membantu anda memilih bingkai yang sesuai....

1. Bulat (Round Face)
Muka yang berbentuk bulat mempunyai garisan lengkung di mana lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut....

Tindakan: Pilih bingkai yang menjadikan muka anda kelihatan lebih panjang dan lebih kurus.....
  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat...
  • Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang....
  • Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat....
Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.....

Tip: Penahan hidung (nosepads) yang boleh diubah-ubah posisinya boleh digunakan untuk mengelakkan kacamata daripada menyentuh pipi...apalagi jika anda senyum pasti kacamata anda akan terangkat bila bersentuh dengan pipi.....(-^^-)

2. Oval/Bujur Sirih (Oval Face)
Muka berbentuk oval atau bujur sirih dikategorikan sebagai bentuk yang sangat ideal disebabkan nisbah keluasan yang menarik....senang cerita muka cun la...heheheh....kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.....

Tindakan: Anda yang mempunyai bentuk muka ini hampir tiada masalah dalam memilih bentuk bingkai...untung sesiapa yang mempunyai bentuk muka bujur sirih ni.....
  • Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda....tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.....
Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau "jatuh" kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang....

Tip: Adalah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai muka bujur sirih untuk memakai bingkai yang kecil...tujuannya adalah untuk mengimbangkan bentuk muka...yang penting adalah memastikan bingkai sesuai dengan saiz muka dan tidak menjanggalkan muka anda....jangan cacatkan muka anda ok...?

3. Petak (Square Face)
Muka yang berbentuk petak bercirikan bentuk rahang yang sangat jelas, kawasan dahi yang luas dan kawasan dagu dan tulang pipi yang lebar...nisbah lebar dan panjang muka selalunya adlah normal.....

Tindakan: Pilih bingkai yang menjadikan muka anda kelihatan lebih panjang dan "melembutkan" sudut-sudut di muka anda....
  • Pilih bingkai yang sedikit melengkung, kaki (temple) bingkai sedikit tinggi untuk mengurangkan kedudukan rahang yang terlalu menonjol....
  • Pilih bingkai yang lebih horizontal daripada vertikal iaitu tidak terlalu lebar secara vertikalnya....
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai....
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya...iaitu lebih tebal di bahagian atasnya....
Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak....oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda...selain itu ini juga dapat mengelakkan orang ramai melihat dagu anda yang bersegi itu.....[^^]

4. Berlian (Diamond Face)
Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil....tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan....bentuk muka ini sangat jarang didapati.....

Tindakan: Pilih bingkai yang dapat melebarkan dahi dan rahang serta pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang kecil....

  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya...
  • Frameless adalah pilihan yang bagus untuk bentuk muka ini....
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai....
Elakkan: Memilih kaki (temple) yang jatuh....

Tip: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban)....

5. Oblong (Oblong Face)
Muka yang oblong adalah lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.....

Tindakan: Pilih bingkai yang "memendekkan" muka...

  • Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh....
  • Cuba juga bingkai yang agak bulat, lebar atau berbentuk agak segitiga (bawah besar dari atas)....
  • Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.....
Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam "memendekkan" hidung dan kaki (temple) yang "jatuh" akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek......

6. Hati (Heart Face/Base-up Triangle Face)
Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi....bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.....

Tindakan: Pilih bingkai yang lebar sedikit di bahagian bawahnya...ini berfungsi untuk meminimumkan kelebaran di bahagian dahi anda.....

  • Kaki (temple) yang jatuh akan menambahkan keseimbangan muka....
  • Contoh bentuk bingkai lain adalah seperti rama-rama (butterfly), aviator (bentuk seperti sunglasses Ray Ban klasik yang popular sekarang ini), atau bentuk segitiga juga sesuai untuk bentuk muka ini....
  • Pilih bingkai yang mempunyai warna yang cerah....
  • Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.....
Elakkan: Memilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya...

Tip: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan....oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.....

7. Segitiga (Triangular Face)
Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas....

Tindakan: Pilih bingkai yang dapat menambahkan lebar pada kawasan dahi, "melembutkan" dan mengecilkan kawasan rahang, pipi dan dagu....

  • Bingkai yang dipilih kelihatan sedikit berat di bahagian atasnya....di bawahnya mempunyai sudut yang sedikit ke dalam...
  • Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut....
Elakkan: Memilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang jatuh.....

Tip: Anda boleh mencuba bingkai yang mempunyai kombinasi warna yang pelbagai atau bingkai berbentuk mata kucing (cat's eye shape)......

Begitulah secara ringkasnya ketujuh-tujuh bentuk muka asas yang boleh anda jadikan panduan semasa memilih bingkai....jangan lupa juga anda mesti memilih bingkai yang anda rasa yakin semasa anda memakai kacamata tersebut....yang penting cuba pakai bingkai tersebut sebelum membelinya...keyakinan dan keselesaan perlu diambilkira sebelum membeli....beli secara online ok tapi anda perlu ingat ayat di bawah ini....

BINGKAI YANG KELIHATAN CANTIK PADA PANDANGAN ANDA,
TIDAK SEMESTINYA ANDA KELIHATAN CANTIK BILA MEMAKAINYA!

ok? yessszassslayaaannn...(-^^-)

9 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

9 ulasan:

  1. Asalam...

    Mohon share

    terima kasih..wasalam

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Silakan tuan :)

      _______________________________
      Instagram Puncak Optomobile
      "Dari Universiti, Untuk Masyarakat"

      Padam
  3. Infonya lengkap sekali.. Ijin Share ya

    BalasPadam
  4. Tanpa Nama4:39 PG

    https://bit.ly/3pqNrie - Sex without obligation

    https://bit.ly/3pn28mx - Flirting in your city

    [URL=https://hot-desire.com/T1kMpvjB][IMG]https://i114.fastpic.ru/thumb/2020/1204/ec/4aeaa674b6965f0736cb750b9d1117ec.jpeg[/IMG][/URL]

    @=@=@=

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama5:14 PTG

    http://troyrqlc21100.blog-gold.com/4377086/
    Статейное продвижение


    @kkk

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik