Diebetes Dan Penglihatan

Assalamualaikum....


Kali ni aku nak bercerita pasal penyakit kencing manis (diebetes) dan kaitan dengan mata kite... Sape2 yg mengidap diebetes perlu la sedar penyakit ini boleh mendatangkan kesan yang kronik pada mata.. Kat sini aku akan perturunkan fakta-fakta penting tentang penyakit mata yang berkaitan dengan diebetes supaya kita sentiasa berjaga-jaga dengan kondisi mata kita.... Ini disebabkan kebanyakan pesakit diebetes tidak sedar risiko kehilangan penglihatan akibat penyakit ini..




Fakta 1 : Diebetes Boleh Akibatkan Penyakit Mata


Penyakit mata diebetes (Diebetec Retinophaty) boleh terjadi disebabkan beberapa faktor seperti kawalan aras gula, tekanan darah, genetik dan sebagainya...Walaupun pada pengidap diebetes, kawalan aras gula yang baik dengan pengambilan ubatan secara konstan dapat mengurangkan risiko Diebetec Retinophaty (DR) atau sekurang2nya tak la penyakit ini berkembang ke tahap yang serius...


Fakta 2 : Tiada Tanda Atau Amaran Yang Jelas

 

Tiada tanda atau simptom yang jelas akan berlaku bagi DR sehinggalah ke peringkat yangsevere.. Adakalanya simptom dan tanda awal berikut perlu diberi perhatian tidak kira kepada pesakit atau bukan pesakit diebetes :


  • Kabur Pandangan
  • Pandangan berganda (Double Vision)
  • Sukar melihat pada bahagian sisi medan penglihatan (ekor mata)
  • Objek kecil melayang2 dalam medan penglihatan (floaters)
  • Tompok hitam pada medan penglihatan
  • Sakit dan tekanan dari dalam mata


Fakta 3 : Pesakit Diebetes Perlukan Pemeriksaan Mata Berkala


Adalah menjadi kemestian pesakit diebetes perlu menjalani diebetec eye screening di hospital sekurang2nya setahun sekali...Pemeriksaan perlu dijalankan dengan pengembangan anak mata (dilated pupil) supaya lebih luas lagi kawasan retina yang dapat di periksa.. Pemeriksaan ini penting untuk memantau DR supaya apa2 perkembangan peringkat awal DR dapat dicegah dari melarat ke peringkat yang serius..


Fakta 4 : Risiko Penyakit DR Tetap Ada Walaupun Dengan Pengawalan Aras Gula


Pesakit diebetes, walaupun dengan pengawalan gula yang baik tidaklah akan terhindar dari DR 100%. DR boleh berlaku juga jika aras gula sentiasa di tahap yang normal.. Walaupun begitu pengawalan yang baik dapat melambatkan progres DR dan sekaligus dapat dicegah sebelum mencapai peringkat yang kronik..


Fakta 5 : Penghidap Diebetes Berisiko Mengidap Glaukoma

 

Pesakit diebetes terdedah kepada risiko untuk megidap glaukoma 40% lebih tinggi dari individu lain...Lebih lama penyakit diebetes dihidapi, semakin tinggi risiko untuk mengidap glaukoma...Risiko ini juga meningkat jika umur semakin meningkat...


Fakta 6 : Penghidap Diebetes Berisiko Mengidap Katarak


Kalau korang mengalami diebetes, risiko korang mengidap katarak juga meningkat. Pesakit diebetes boleh mengidap katarak pada usia lebih muda dan perkembangan katarak lebih cepat daripada individu lain...


Fakta 7 : DR Boleh Rosakkan Retina


Jika kandungan gula dalam darah terlalu tinggi, dinding salur darah akan menjadi lemah. Cecair dan komposisi2 darah akan meresap keluar dari salur darah retina dan menyebabkan tumbuhnya salur2 darah baru yang amat lemah daya tahan..Darah dan bendalir2 lain akan keluar dari salur2 darah baru ini dan akan menyebabkan retina bengkak. Retina bengkak ini akan mengurangkan pengambilan nutrien dan oksigen sekaligus akan merosakkan struktur retina...fenomena ini akan menyebabkan kebutaan..


Fakta 8 : Pembedahan Laser Boleh Melambatkan Progres DR


Pembedahan Laser berfungsi untuk mengecilkan salur2 darah abnormal serta menampal bahagian2 retina yang 'bocor' akibat pengaliran keluar bendalir2 darah.. Pembedahan ini dapat mengurangkan risiko kepada kebutaan kepada sesetengah individu yang mengidap DR..


adios....


 

'YOUR EYES COMPANION'

4 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

4 ulasan:

  1. thanks bro.. good info..!!

    kalau pesakit diebetes ade masalah mate berair cam ne plak..??

    orang tua saya ada masalah cam tu.. ade pape solution x..? selain lap je air mate tu.??

    BalasPadam
  2. mksdnyer air mata meleleh ek.. air mata meleleh tanda permukaan mata kering bro.. air mata x melekat di permukaan kornea.. tu pasal meleleh jer.. cari kat farmasi 'artificial tears' , insyaAllah boleh membantu..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama12:50 PG

    ape yang berlaku pada mata pesakit diabetic yang menyebabkan power refraction turun naik dan tak stabil???
    ape yang kite perlu bwat bro??

    BalasPadam
  4. bro tanpa nama...

    klu pesakit diebetes yg aras gule sentiasa tinggi, refraction akan sentiasa akan lebih tinggi jika refraction pesakit berkuasa -ve(more -ve) dari bacaan refraction semasa aras gula normal ataupun pengambilan insulin dsb....

    kawalan aras gula adalah penting kalau bacaan refraction hendak dinilai dengan tepat. Optometrist akan mencadangkan langkah atau masa yg sesuai untuk menjalani proses pemeriksaan refraction...

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik