Paparan Menarik

Memaparkan catatan dengan label Mitos Mata dan Penglihatan. Papar semua catatan

Mata Kita : 9 Tanggapan Salah



Assalamulaikum

Brothers and sisters sekalian..... Hari ni aku nak citer lagi pasal tanggapan salah kite pada perkara2 yang melibatkan mata....haha...Jom kite terjah...


1. Penyakit mata merah disebabkan oleh debu/habuk

Tak selalunye betul... Mata merah ni lebih kerap didapati pada mata yang berpenyakit... Perlulah kite lebih mengganggap mata merah ni sebagai indikasi infeksi dan jangan pandang remeh fenomena mata merah ni... Walaupun begitu, biasa jugak mata merah ni disebabkan oleh debu atau bendasing ni

Pada mata merah akibat infeksi, selain gatal, terdapat juga rasa berpasir bile mata ditutup, pengeluaran airmata berlebihan, dan merah pada mata semakin hari semakin bertambah. Simptom2 ini mungkin disertai oleh pembengkakan kelopak mata serta lekitan (discaj) pada kelopak mata...

Mata merah akibat debu dan habuk biasanya tidak menghasilkan discaj, jarang membengkak, dan kemerahannya semakin hari semakin surut. Mata merah infeksi biasanya memerlukan ubatan untuk pemulihan. Antibiotik, antiviral atau antifungal akan diberikan untuk meredakan mata merah infeksi..


2. Mengintai/Mengendap boleh menyebabkan ketumbit dsb (stye,chalazion).

Tidak benar.....hehe... Ketumbit ni terjadi juga akibat infeksi sama seperti mata merah tetapi infeksi pada ketumbit lebih tertumpu pada kelenjar2 di kelopak mata...

Di kelopak mata kite terdapat beberapa kelenjar, seperti kelenjar air mata (lakrimal) dan kelenjar minyak (sebum). Jika kelenjar ini dijangkiti mikrob, struktur kelopak mata akan membengkak dan berbentuk seperti bisul....

Ketumbit tidak boleh dibiarkan tanpa rawatan antibiotik.... Ketumbit yang tidak dirawat dengan segera menyebabkan struktur bengkakan semakin membesar dan keras sehingga sukar untuk surut. Keadaan yang berlanjutan menyebabkan ketumbit hanya boleh diubati dengan pembedahan...


3. Tidak semua orang dalam hidupnya perlu ber kacamata.

Tidak benar. Orang yang matanya sihat dan normal pun setelah berumur sekitar 40 tahun, akan memerlukan kaca mata khas untuk membaca bagi rabun dekat (presbyopia). Rabun dekat bukan penyakit, melainkan sebahagian dari proses penuaan. Suka atau tidak, setiap orang akan mengalami rabun dekat bile sampai waktunya. Untuk itu cermin mata khas perlu ditempah untuk membuat kerja2 dekat. 'Degree' rabun dekat seseorang semakin meningkat jika umur meningkat...

Pada individu dengan mata bermasalah, mungkin sejak kanak2 lagi telah memerlukan spek. Mata yang mengalami rabun jauh telah berkembang sejak kecil lagi. Penglihatan kabur akibat rabun hanya dapat di betulkan (noted: bukan dipulihkan) dengan spek dan CL. LASIK dan pelbagai jenis surgeri refraktif dapat merawat sesetengah individu yang mengalami rabun.


4. Rabun malam dapat diatasi dengan memakai kacamata.

Kekeliruan berlaku di sini. Situasi rabun malam (bagi individu yang tiada rabun jauh dan dekat), di mana penglihatan terganggu apabila melihat gelap (setelah matahari terbenam), tidak boleh dibetulkan dengan spek sepenuhnya. Rabun malam terjadi disebabkan faktor sel2 saraf untuk membezakan kondisi terang dan gelap di retina terganggu (sel2 rod). Keadaan ini umumnya terjadi akibat kekurangan vitamin A untuk waktu yang lama.

Kekurangan Vitamin A jugak boleh menerangkan fenomena silau yang sering dialami pemandu di waktu malam. Kekurangan Vitamin A melambatkan proses adaptasi cahaya pada keadaan gelap, menyebabkan mata amat sensitif pada cahaya dan penglihatan terganggu seketika selepas melihat cahaya yang terang...


5. Kebutaan pada bayi hanya diperoleh sejurus sejak lahir akibat jangkitan dari ibu.

Tidak semestinya. Hanya sedikit sahaja kes kebutaan mata terjadi akibat jangkitan dari ibu seperti toxoplasmosis. Kebutaan lebih kerap disebabkan oleh kekurangan vitamin A, glaucoma kongenital, dan katarak. Bagi bayi yang kurang mendapat bekalan vitamin A, kerosakan pada struktur mata boleh berlaku dengan serius. Perkembangan mata tak boleh berlaku tanpa kehadiran Vitamin A. Walaupunbegitu, keadaan ini jarang berlaku kerana formula2 makanan bayi baru lahir mutakhir ini amat kaya dengan pelbagai vitamin untuk menjamin kesihatan bayi.


6. Ubat titis mata boleh mengubati masalah mata merah.

Tidak benar. Ada banyak jenis ubat titis mata di pasaran. Ubat titis jenis 'over the counter' yang dapat dibeli dengan mudah di mana tidak dapat merawat mata merah akibat jangkitan. Ubat titis untuk mata merah jangkitan memerlukan preskripsi doktor dan hanya boleh dibeli di farmasi.

Ubat titis mata untuk jangkitan juga mempunyai pelbagai jenis ada yang untuk jangkitan bakteria, ada pulak untuk virus, dan ade jugak untuk fungal. Ini menyebabkan kita tidak boleh berkongsi dengan orang lain ubat titis untuk menghilangkan mata merah walaupun ubat titis itu didapati dari preskripsi doktor. Ini kerana penyebab mata merah adalah pelbagai dan hanya dapat disahkan dengan pemeriksaan rapi oleh doktor.

Mata merah bukanlah hanya disebabkan oleh infeksi je. Ade jugak yang disebabkan debu atau alergi, dan ade jugak berpunca dari penyakit glaucoma. Mata merah akibat glaucoma sudah semestinya tak boleh di legakan dengan ubat titis biasa. Pemeriksaan lanjut oleh pakar perlu didapatkan untuk mengelakkan komplikasi yang lebih teruk...


7. Penyakit mata glaukoma disebabkan oleh tekanan darah tinggi.

Salah. Penyakit glaukoma disebabkan oleh meningkatnya tekanan di dalam bola mata. Penyebabnya pelbagai. Ada kes disebabkan oleh faktor genetik, sehingga sistem saliran cecair di dalam bola mata tersumbat dan pengaliran keluar cecair berkenaan tidak cekap. Kes2 bukan genetik biasanya disebabkan oleh gangguan kanta mata, katarak yang sudah matang, komplikasi selepas surgeri mata, uveitis dan sebagainya..

Meningginya tekanan bola mata tidak ada hubungannya dengan tekanan darah tinggi. Individu yang mengalami hipertensi tidak semestinya mempunyai tekanan bola mata yang tinggi. Individu yang mengalami tekan darah rendah (hipotension) juga dilaporkan mempunyai kes glaukoma...


8. Katarak hanya berlaku pada orang berusia lanjut.

Tidak selalunya betul. Memang lebih banyak kes katarak terjadi pada usia lewat, iaitu sebahagian dari proses penuaan. Namun begitu, bayi jugak boleh mengidap katarak. Katarak bayi dihidapi sejak dalam kandungan ibu lagi. Jenis katarak bayi berbeza dengan katarak dewasa dan katarak penuaan..

Katarak sebagai komplikasi penyakit jugak boleh dialami sebelum umur memasuki kategori warga emas. Ini termasuk komplikasi kencing manis, akibat radiasi (petugas2 yang mengendalikan alat beradiasi), cahaya matahari, atau kerosakan kanta mata akibat kecederaan (trauma) ataupun serangan radikal bebas dalam badan.


9. Mata bayi yang baru lahir tak mungkin dijangkiti penyakit kelamin ibu

Salah. Disebabkan ini perlu diambil langkah berjaga2 pada bayi jika ibu melahirkan bayi tersebut sebelum penyakit 'keputihan' disembuhkan. Ini disebabkan, keputihan boleh berlaku akibat penyakit kelamin kencing nanah (gonorrhoea). Mata bayi boleh dijangkiti gonorrhoea pada masa kelahiran berlaku. Seminggu setelah lahir, mata bayi boleh membengkak, penuh dengan nanah, dan meradang


adios...


'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Mitos Mata Dan Penglihatan : File No 1


"Taknak la pakai spek... Sama je......power naik jugak!!!!"

 

Perhatian!!!! Ini adalah Mitos sahaja !!! Mitos2 ni wujud pasal kurangnya pemahaman kita dalam memahami proses perkembangan mata, dan kaitannya dengan kejadian rabun serta penyakit dalam mata... Banyak perkara2 yg disalahfaham oleh masyarakat dan ini akan menimbulkan kekeliruan bila masanya mata menghadapi masalah..


Jom kita terjah mitos2 lain.....zassssss......


Mitos : Seorang ibu berkata : "Budak2 tak payah pakai spek.. dah besar sket baru pakai... Bukan diorang pandai jaga"


 

Fakta : Amatlah dikesali skali mitos ni wujud.. Even umur 2 tahun sekali pun..kalau telah dikesan anak2 mengalami masalah mata dan kerabunan, cermin mata perlu di pakai jika dinasihatkan oleh optometris atau oftalmologis... Apa yang kita mahukan penglihatan yang jelas bagi kanak2 yang rabun supaya otak2 kanak dapat diransang oleh penglihatan yang jelas... Jika kanak2 rabun dibiarkan tidak memakai cermin mata, otak mereka tidak dapat diransang untuk melihat objek2 yang 'detail'. 


 

Masalah ini akan membawa kepada sindrom 'Lazy Eye'. 'Lazy Eye' berlaku apabila otak tidak menerima ransangan penglihatan dari persekitaran sekaligus otak tidak dapat mentafsir objek kecil ataupun objek yang jauh.. Jika 'Lazy Eye' sudah berlaku, mata tidak dapat melihat dengan jelas walaupun optometris telah memberikan preskripsi yg terbaik... Ini keranaindividu terbabit tidak berjaya mencapai sekurang2nya 6/9 bagi ujian tahap penglihatan dengan preskripsi (power)...


 

'Lazy Eye' boleh membawa kepada kejulingan ('squint') pada mata, terutamanya pada mata yang lebih tinggi tahap kerabunan nya.. Kejulingan boleh membawa kepada masalah pening kepala, susah untuk fokus apabila membaca dan sekaligus akan mempengaruhi prestasi pembelajaran anak2...'Lazy Eye' boleh dirawat dengan menjalani terapi dan latihan penglihatan dengan bantuan cermin mata... Walaupun begitu, pencegahan adalah lebih baik dengan tidak menghalang anak2 yang mempunyai masalah kerabunan dari memakai cermin mata... Pemeriksaan mata berkala bagi anak2 adalah penting untuk mengetahui tahap kesihatan mata mereka dan mengesan sindrom2 'Lazy Eye' lebih awal supaya boleh dirawat....


Mitos : Membaca sambil tidur boleh sebabkan rabun....


Fakta : Perkara ini boleh jadi betul boleh jadi tidak tepat... Sebenarnya pointnya disini adalah supaya jangan membaca dalam keaadaan mata terlalu rapat dengan teks bacaan... Kalau kita membaca sambil berbaring, biasanya buku atau dikumen yang dibaca terlalu dekat dengan mata... Ini akan menyebabkan stress berlebihan pada mata dan mata akan memfokus pada jarak yang tidak ideal... Bukan sahaja berbaring, malahan jika kita baca sambil duduk atau berdiri tetapi teks bacaan dibawa amat dekat pada mata (<30cm)>


Mitos : Melihat laut serta permandangan hijau boleh mengelakkan atau menyembuhkan rabun jauh


Fakta : Same la jugak mcm otot2 yang lain...otot mata jugak kenela berehat setelah digunakan berpanjangan... Sebagai contoh... bila kita duduk terlalu lama... confirm kita akan rasa lenguh2.. So, kita pun akan melakukan perbuatan yang opposite iaitu berdiri untuk melegakan kelenguhan... Same jugak dgn mata...Jika mata telah memfokus pada sesuatu objek terlalu lama (e.g melihat komputer), maka perlulah mata direhatkan dengan melihat objek yang jauh (infiniti) supaya otot2 mata boleh berehat dengan maksimum...


Tidak semestinya korang perlu melihat tumbuhan hijau dan laut.... Yang pentingnya adalah melihat titik terjauh...Cara ini hanyalah untuk merehatkan otot mata dan bukanlah untuk menyembuhkan rabun jauh...


Mitos : Cermin mata kenelah dipakai terus menerus supaya 'power' tak bertambah...


Fakta : Tujuan cermin mata dipakai bukanlah untuk memaintainkan 'power'... Cermin mata di prescribe untuk membantu si pemakai untuk melihat persekitaran dengan lebih jelas... Cermin mata bukanlah rawatan atau ubat bagi rabun jauh... Cermin mata atau kanta sentuh adalah alat bantuan penglihatan dan tidak menyumbang apa2 dalam merawat rabun... Tidak semestinya 'power' akan maintain jika anda memakai cermin mata kerana rabun berlaku akibat pemanjangan bola mata...Kadar pemanjangan ini adalah pesat di kala remaja dan mulai perlahan bila mencecah umur 25 tahun...


Selalu jugak yang merungut taknak pakai spek pasal bagi diorg pakai spek selalu boleh menyebabkan 'power' naik lagi banyak... Pandangan macam ni pun amatlah tidak tepat sama sekali... Takde kene mengena pun pakai spek boleh sebabkan 'power' korang naik... Faktor utama kenaikan preskripsi adalah pemanjangan bola kita... Biasanya rungutan ini datang dari golongan remaja yang mendapati 'power' tetap naik bile pakai cermin mata.... Pada peringkat umur 6-15 tahun, perkembangan bahagian belakang mata adalah pesat dan ini akan membawa kepada pemanjangan bola mata sekaligus menyebabkan cahaya objek yang masuk tidak terfokus betul pada retina... Jadinya, pointnya di sini, proses perkembangan rabun adalah proses pertumbuhan organ badan yang tidak seimbang dengan tumbesaran tubuh dan organ2 lainnya dan keadaan ini adalah sangat berkait rapat dengan faktor genetik...


Macam mane????? Dah faham tentang fakta di sebalik mitos2 di atas???? Aku harapla artikel ini dapat memberi kesedaran tentang pentingnya kita dapat melihat dengan jelas pada semua jarak... Jangan terlalu takut preskripsi anda akan naik tinggi...Yang penting adalah penglihatan korang jelas dan koordinasi aktiviti badan dapat dijalankan dengan penglihatan yang baik...  Itulah guna nya alat bantuan penglihatan seperti cermin mata dan kanta sentuh...


adios...


'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Mitos Mata Dan Penglihatan : Makan Carrot Boleh Elakkan Rabun?


asslamualaikum kepada semua....

aku dah lama terlibat dalam bidang optikal n optometri nih. banyak la aku dgr persepsi masyarakat tentang penjagaan n kesihatan mata. banyak la mitos2 yg wujud yg kdg aku pun dah naik bosan nak jawab n terangkan...haha..

raaaaaamaiiii orang suruh anak makan carrot banyk2 supaya x develop rabun....hehe... agak2 korang betul ke pendapat ni? bukan ape, mmg carrot ade banyak vit A, tp aku kesian gak dgn budak2 ni kene makan carrot banyak2. pagi sarapan nasi goreng carrot, tgh hari menu carrot juga, malam pun carrot plus jus carrot lagi..huh. dah mcm bugs bunny la plak...haha.

sebenarnya xyah makan carrot pun xpe. yg penting adalah vit A nyer. vit A ni paling bagus dalam bentuk pro vitamin A carotenoid yg banyak terdapat dalam carrot, broccoli dan tomato... tp telur pun sumber beta-carotenoid jugak. kajian menunjukkan pengambilan awal (masa kanak2) pro- carotenoid ni dpt melambatkan atau mencegah katarak, degenerasi makula dari berlaku pada hari2 tua kite.

satu lagi sumber pro vitamin A carotenoid - lycopene, bnyk terdapat dalam buah2 yg bewarna merah mcm tomato, tembikai. so... berita baik utk anak2 kite, xyah makan carrot pun takpe...hehe. . kajian juga menunjukkan lycopene dpt juga mengurangkan risiko kanser paru2, kanser prostat n cancer serviks utk wanita. 

secara umumnya kalau kita ambil vit A dgn tetap hari2, ini dapatlah kite melindungi mata dan badan kita dari efek sinar UV. kirenye pigmen2 pada vit A menyediakan satu lapisan untuk menyerap sinar uv di mata atau di kulit...tp jaga2, banyak mkn vit A boleh sebabkan kulit jadi oren laks..

of coz vit C juga amat penting dalam menjaga kesihatan mata. anti-oksidan ini berupaya menjadi penawar bagi racun2 dalam badan. oleh itu dpt melambatkan development penyakit2 seperti katarak dan degenarasi makula. vit C amik lg banyak lagi bagus, kalau smoker dicadangkan amik 1000mg vit C setiap hari sebab nak kaunter balik sel2 korang yang dah mati tu especially kat paru2...hahah..sumber vit C ni of coz buah buahan sitrus mcm orange, apricot dsb..

vit E dlm kekacang dan minyak zaitun jugak bagus untuk kesihatan mata. fungsinya untuk menambahkan sel darah merah dalam badan n secara tidak langsung membekalkan lebih banyak oksigen pada mata n menjadikan mata berseri2.....

mase mude2 ni amalkanlah permakanan sihat, bile dah tua2 nanti x bnyk la penyakit2 yg muncul especially kat mata kite yg amat precious ni...

adios..

'YOUR EYES COMPANION'

Baca seterusnya »

Blog-Blog Lain Yang Menarik