Pterygium : Selaput Luar
Assalamualaikum.....
Pterygium adalah sejenis pertumbuhan di lapisan luar (conjunctiva) mata putih. Orang yang sering bekerja di bawah cahaya matahari macam petani dan nelayan selalu mengalami pterygium. Tak caya korang pegila tenguk mata orang2 yang keje buruh binaan, askar (pasal selalu kawat). Faktor lain yang menyebabkan pertumbuhan pterygium termasuk wap kimia, asap, habuk dan benda-benda lain yang terbang masuk ke dalam mata...
Mata individu yang mengalami pterygium akan rasa tidak selesa, merah dan berair. Mata jugak akan sentiasa terasa kering dan berpasir. Bila pterygium semakin membesar dan merebak, ia boleh menyebabkan astigmatisma dan silau apabila melihat cahaya. Ada pterygium yang bertumbuh dengan perlahan, ada jugak yang bertumbuh dengan cepat. Bila pterygium dah sampai meliputi bahagian tengah kornea (anak mata), penglihatan akan menjadi kabur. Kalau still kat mata putih, takde apa2 yang perlu dirisaukan...
Pterygium yang sudah memasuki anak mata
Bagi individu yang mengidap pterygium, dinasihatkan la untuk kurangkan pendedahan kepada cahaya matahari, habuk dan angin dengan memakai cermin mata yang melindungi mata daripada faktor tersebut. Harus diingat, lagi kerap dan panjang masa terdedah dengan cahaya matahari, lagi cepat progres pterygium... Walaubagaimanapun, pterygium ni biasanya akan makan tahun nak tumbuh even 1mm pun.... Tapi, korang kenelah pantau jugak perkembangan pterygium tu supaya tak memasuki mata. Mengambil airmata tiruan boleh mengurangkan ketidakselesaan mata akibat pterygium. Kadang2 ubat titis steroid akan digunakan untuk mengurangkan keradangan. Memakai cermin mata gelap jugak boleh melindungi mata daripada cahaya matahari dan angin. Elakkan daripada persekitaran yang boleh mengganggu mata seperti persekitaran yang berhabuk
.Pterygium tidak perlu dibuang jika tidak mengganggu penglihatan
Kalau pterygium dah sampai tahap yang boleh menyebabkan kekaburan mata, ianya lebih baik untuk dikeluarkan dan dibedah. Kalau pterygium menyebabkan rasa berpasir di dalam mata atau mata selalu merah, ini jugak indikasi untuk mengeluarkannya. Pterygium yang menyebabkan tahap silau yang tinggi juga perlu dikeluarkan untuk mengurangkan astigmatism. Pembedahan minor akan dilakukan untuk membuang pterygium. Operation ni biasa dilakukan dalam bilik bedah kecik je dan tanpa perlu alatan2 canggih.. Pterygium akan dikeluarkan dengan teliti, supaya kadar pertumbuhan balik pterygium boleh dikurangkan.
Doktor pakar akan mengambil lapisan conjunctiva dari bahagian mata yang sihat dan menampalkannya di bahagian pterygium yang telah dikeluarkan. Prosedur ini dipanggil conjunctiva graft. Teknik graft ini dilakukan untuk membolehkan kadar pertumbuhan semula pterygium dikurangkan sebanyak 6 kali ganda. Setelah pembedahan, biasanya akan diberi ubat titis steroid untuk beberapa minggu untuk mengurangkan radang dan mengurangkan pertumbuhan balik pterygium. Pembedahan pterygium biasanya dilakukan dalam lingkungan setengah jam. Ada jugak jenis pterygium yang lebih sukar untuk dikeluarkan dan akan mengambil masa yang lebih lama.
Selepas pembedahan, mata akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, anda boleh melihat semula tetapi ada kemungkinan mata akan kadang2 berair dan ini menyebabkan kekaburan mata yang sementara. Ade pertanyaan?
adios.....
'YOUR EYES COMPANION'
pakcik ni ada nak tanye skit nak..huk3..(terbatuk2).. mata pakcik ni ada selaput kt luar. tp kata doc belum boleh buat pembedahan lg.. tp pakcik risau sbb nmpk xcantik.. macammnane pakcik nak buat pembedahan awal??.. anak boleh tolon pakcik??.. pakcik xmampu nak pergi swasta..
BalasPadamnk tnye, sakit ke pembedahan tu?..yelah, sbb tang mata ni mmg rasa seriau skit sbb mata i dua2 mmg dh kena and doc ada nsihatkan utk buang.
BalasPadamAyu, sy dah buat pmbedahan utk kedua2 mata...skrg dlm proses recovery..benang myucuk2..rasa x selesa..hrp2 cpt le dia tcabut..
Padambleh tanye ckit x..sy nak tau tentang etiologi bagi penyakit pterygium nie..bleh tak tolong terangkan dengan lebih detail? tq
BalasPadamBiasa nya kos pembedahan tu berapa..?
BalasPadamkalau selalu terdedah dengan cahaya matahari (UV light), duduk dekat kawasan pantai (eg nelayan) ada kebarangkalian untuk dapat pterygium.
BalasPadamDay 1 dah buka balutan dan letak ubat titis. rasa tidak selesa sebab ada benang mencucuk. Rasa foreign object ni memang kurang menyenangkan. Untuk hilangkan sakit kena makan ubat tahan sakit. day 2 mata masih kembang dan merah. Masih kurang selesa dgn benang yg mencucuk. Hari ini day 3 mata masih kembang dan merah tapi rasa benang mencucuk dah mulai tak terasa sangat.
BalasPadamHai , lepat jahit . Benang akan dibuka balik atau trtnggal sndiri masa proses sembuh ?
PadamDay 1 dah buka balutan dan letak ubat titis. rasa tidak selesa sebab ada benang mencucuk. Rasa foreign object ni memang kurang menyenangkan. Untuk hilangkan sakit kena makan ubat tahan sakit. day 2 mata masih kembang dan merah. Masih kurang selesa dgn benang yg mencucuk. Hari ini day 3 mata masih kembang dan merah tapi rasa benang mencucuk dah mulai tak terasa sangat.
BalasPadamsaya baru buat je 2hari lepas, alhamdullilah memang tak sakit langsung n kos nye ialah rm3210.00 sebelah mata saje
BalasPadammak saya bru lepas operate buang slaput.. tp kenapa,nurse gtau,pad kena buang n jgn mlebihi 4jam...so sbnrnye kena buang slpas 24jam or jgn mlbihi 4jam.... ade effect ke lau buke tlalu awal..
BalasPadamErkk 3210...mak aihh.. Dua mata 6420... K biarkan la dia d mata ne.. Xmampu aku nak bayar
BalasPadamSaya pun baru operate minggu lepas kt hukm. 1st day mata kena balut 24j. Esok nya pegi hosp semula utk bukak balutan tu. Mggu pertama agak merah n bengkak. Hari ke 10 checkup lg utk check mata. lps tu sebulan kemudian dia akn check lg mata kita. Total operate sebelah kanan hari tu RM750 saje. Alhamdulillah skg dh x merah sgt n lps ni insyallah boleh masuk keja dh. 2mggu sy mc. Tp ms operate tu seriau gile. Haha. Tp dia bius kt mata so x rasa pape pn. Gud luck yg nk oerate tu��
BalasPadam