DIY: Panjangkan Hayat Kabel USB iPhone. Senang & Murah!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Kabel USB iDevice (iPhone, iPad, iPod etc) yang original sememangnya agak mahal jika dibandingkan dengan yang kabel USB yang ciplak. Namun begitu, ketahanan jangkamasa panjang kabel USB dari syarikat Apple ni agak diragui. Berikut adalah gambar-gambar kerosakan kabel USB yang sering terjadi.



Terdapat banyak cara untuk mengelakkan masalah ini terjadi dan cara yang paling senang dan mudah adalah dengan menggunakan spring yang terdapat di dalam pen tekan.

Pen yang telah kaput, jangan dibuang. Ada gunanya...
Bagaimana caranya? Ikuti tutorial mudah di bawah:

1. Sediakan kabel USB, pen dan plier.
















2. Buka pen dan keluarkan spring. Lain pen lain cara bukanya. Pen saya ni buka dari depan.
















3. Keluarkan spring. Kebiasaannya hujung spring sangat rapat dan ketat. Buka sedikit menggunakan tangan dan plier. Jangan terlalu luas sebab nanti susah spring nak hold pangkal kabel.



4. Masukkan spring di pangkal kabel USB seperti gambarajah di bawah ni.
















5. Kemudian, "pintal" spring sampai habis.















6. Siap!



Test sikit...













Fungsi spring ini adalah untuk menjaga hujung kabel supaya tidak terlipat atau "patah". Bagi mereka yang ganas memang elok sangat buat ni. Untuk pengetahuan semua, Machines tidak menjual kabel USB sahaja. Kalau nak kena beli kabel USB+adapter dengan kabel panjang (lebih kurang 5 kaki) dengan harga RM80+.

Saya sediakan juga video tutorial supaya lebih senang faham..



5 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

5 ulasan:

  1. he3 nice sharing =) xpnh pn terfikir pasal ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. kopipes dari internet jer bro..nak nampak lagi lawo so aku buat tutorial sendiri :)

      Padam
  2. Tanpa Nama11:43 PG

    Xde masalah ke besi ngn elektrik? Tnye sbb xtaw

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau risau..guna getah rambut..ada yg pesen mcmtu

      Padam
  3. Awesome work.Just wanted to drop a comment and say I am new to your blog and really like what I am reading.Thanks for the share

    BalasPadam