Koordinasi Mata-Kaki Pemain Bola Sepak
Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Piala Dunia kembali lagi dan setakat ini semua pasukan dah pun merasa perlawanan pertama mereka dalam pusingan pertama ini. Macam-macam berita dan kontroversi yang kedengaran dan yang paling menarik perhatian adalah bola rasmi Piala Dunia, Jabulani yang dikatakan terlalu cepat mengubah pergerakan (unpredictable swerving movevement). Tambah dengan kontroversi vuvuzela pula yang jelas menyusahkan pemain berinteraksi sesama mereka..saya pun rasa hilang minat bila yang kedengaran hanya bunyi lebah menenggelamkan sorakan chant penyokong pasukan. Peh macam pengulas sukan pulak rasanya..Kita tinggalkan dulu Piala Dunia dan hari ni kita bersembang berkaitan dengan bola sepak juga iaitu Koordinasi Mata-Kaki.
Koordinasi Mata-Kaki
Koordinasi Mata-Kaki bermaksud keupayaan untuk melakukan tugas yang melibatkan pergerakan kaki dan mata. Bersesuaian dengan definisinya, Koordinasi Mata-Kaki merupakan salah satu unsur terpenting yang perlu dikuasai oleh atlit di dalam bidang sukan terutamanya sukan bola sepak. Ada 5 perkara berkaitan dengan Koordinasi Mata-Kaki yang perlu diketahui. Jom kita tengok...
1. Bola Sepak Memerlukan Kemahiran Koordinasi Mata-Kaki

2. Melibatkan Anak-Anak Dalam Sukan Bola Sepak

3. Meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki Dengan Kawalan

4. Berlatih Dengan Dinding
Latihan ini merupakan latihan yang sangat mudah dan boleh dilakukan berseorangan. Jadikan dinding sebagai teman dan sepak bola ke arah dinding. Ini sebenarnya latihan mudah untuk meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki. Tendang bola ke arah dinding dan hentikan bola tersebut tanpa melihat ke arahnya. Buat berulangkali dan sekiranya anda sudah mahir lakukan tendangan secara pinpoint pula tanpa memberhentikan dan melihat ke arah bola tersebut.
5. Lakukan Aktiviti Tambahan Yang Boleh Meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki
Terdapat banyak lagi aktiviti yang berupaya meningkatkan Koordinasi Mata-Kaki selain daripada yang saya sebut di atas. Sebarang permainan atau aktiviti yang memerlukan anda untuk melihat pada satu objek sementara kaki bergerak akan meningkatkan koordinasi ini. Contohnya permainan Dance, Dance, Revolution. Dalam beberapa kes, pemain bola sepak perlu melakukan aktiviti sukan yang lain seperti badminton untuk menambahkan teknik kemahiran mereka.