Juling Palsu @ Pseudostrabismus




Juling Palsu @ Pseudostrabismus

Sebelum ni kita dah bermeeting berkenaan dengan juling dan kanak-kanak dan pada malam-malam buta ni kita meeting lagi dengan saya untuk berkongsi dengan Saudara/Saudari sekalian berkenaan dengan Juling Palsu atau Pseudostrabismus (sū′dō-stra-biz′mŭs). Bukan duit je yang palsu, juling pun main palsu-palsu yek.. Juling palsu ni dialami oleh bayi dan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun. Para Ibu Bapa dan bakal-bakal tu boleh la take note yek..=)






Apa yang dimaksudkan dengan Juling Palsu?

Juling Palsu ialah keadaan di mana mata kelihatan seperti juling tetapi sebenarnya adalah TIDAK. 



Apa yang menyebabkan Juling Palsu?

Penyebab utama Juling Palsu ini adalah keadaan muka kanak-kanak tersebut terutamanya di bahagian batang hidung iaitu di antara dua mata.

Bahagian batang hidung kanak-kanak yang mengalami Juling Palsu ini mempunyai kelebaran yang lebih besar berbanding kanak-kanak lain. Sehubungan itu menyebabkan berlaku tisu kulit yang berlebihan di antara kedua-dua mata.

Bentuk muka dan mata juga boleh menyebabkan Juling Palsu tetapi jarang berlaku untuk kes seperti ini.



Pseudoesotropia

Berlaku apabila mata kelihatan seperti juling ke dalam.

Ini disebabkan bayi atau kanak-kanak tersebut mempunyai bahagian batang hidung yang lebar dan/atau mempunyai jarak yang dekat di antara dua mata.



Pseudoeksotropia

Berlawanan dengan Pseudoesotropia di mana Pseudoeksotropia berlaku apabila mata kelihatan seperti juling keluar.

Ini disebabkan bayi atau kanak-kanak tersebut mempunyai bahagian batang hidung yang lear dan/atau mempunyai jarak yang jauh di antara kedua-dua mata.



"Adakah anak saya akan mengalami selama-lamanya?"

Tidak. Kebiasaannya keadaan ini akan berkurangan mengikut peningkatan umur di mana batang hidung yang lebar akan mengecil dan lipatan kulit yang berlebihan di bahagian mata akan berkurangan.

Oleh itu, Saudara/Saudari tidak perlu bimbang dengan keadaan tersebut bahkan tidak perlu untuk berjumpa dengan plastic surgeon untuk memplastic surgerykan mata anak-anak =)



Ujian mudah yang boleh dilakukan di rumah

Ujian ini sangat mudah dilakukan dan hanya memerlukan lampu suluh sahaja. Tidak kira lah lampu suluh sebesar mana yang penting boleh menyalakan lampu. Lampu suluh yang selalu dibawa ke mesjid malam-malam tu pun boleh juga =)

Suluh lampu pada mata bayi atau kanak-kanak dan Saudara/Saudari akan nampak pantulan cahaya di tengah-tengah anak mata hitam di kedua-dua mata.

Jika Saudara/Saudari nampak pantulan tersebut di kedua-dua belah mata berada di tengah-tengah anak mata, ini bermaksud bayi atau kanak-kanak tersebut tidak mempunyai juling. Mudah bukan? Sila lihat gambarajah baby comel ke dua di atas untuk rujukan.

Jika kedudukan pantulan cahaya tidak sama di kedua-dua mata berkemungkinan besar bayi atau kanak-kanak tersebut mempunyai juling. Jika Saudara/Saudari tidak pasti mengenainya tidak mengapa. Boleh bawa mereka ke Optometris atau Oftalmologis. Mereka akan sedia membantu. Nanti saya akan mendalamkan lagi meeting kita berkenaan juling ini sebagai panduan Saudara/Saudari semua. Ok?

ZAssssssss.....

2 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

2 ulasan:

  1. ini mcm juling air yg org slalu ckp tu ker?

    BalasPadam
  2. lebih kurang la kak rozana. sebab juling air tu kadang-kadang ade kadang-kadang takde..sama kes macam juling ni..tapi yang lebih tepat juling air ataupun ada orang panggil juling ular atau juling itik dan bermacam lagi panggilan, sebenarnya berkaitan dengan JULING PENDAM. nanti kami akan kupas berkenaan dengan juling pendam pula...

    BalasPadam