Jangan biarkan hidup anda diselubungi ILUSi oPTIK...
Salam Ceria Semua!Aku rasa mesti ramai yang dah tau ataupun dah tengok gambar-gambar berkaitan dengan ilusi optik. Ada yang begitu, ada yang begini, ada yang tertonggeng terbalik. Pendek kata macam-macamlah. Kali ni aku nak kongsi lagi beberapa gambar dengan korang semua sebagai penambah galeri memori foto korang berkaitan dengan ilusi optik ini. Mungkin ada gambar di dalam ni yang sudah korang tengok tapi takpe..layankan ajerr...hihihihi... Gambar ilusi optik ni ade banyak so aku pilih yang paling di atas normal... Post selepas ini aku akan jelaskan ape yang terjadi pada mata kita apabila diILUSIkan.
Yosh!!!
Ok kite mulakan dengan yang memudah dulu k..
Perhatikan bulatan di tengah.
Nampak macam saiz bulatan tengah belah kanan lebih kecil dari belah kiri. Betulke?
Kelihatan garisan tersebut tak selari dan akan bertemu di satu titik.
Tapi sebenarnya semua garisan adalah selari dan tiada satu pun yang senget.
Garisan tengah nampak melengkung. Isk betul ke?
Sama konsep seperti gambar di atas. Jalur-jalur "banduan" tersebut menyebabkan garisan nampak seperti tak selari.
Percaya tak kalau aku cakap kecerahan warna petak-petak tersebut adalah sama?
Tiada pink gelap atau hijau gelap. Petak-petak yang nampak gelap tu adalah pink dan hijau seperti yang lain.
Cuba teka garisan C adalah sambungan Garisan A atau Garisan B? Hah memang sipi!
Jawapannya Garisan B.
Sila kira berapa bilangan bintik hitam yang anda boleh lihat?
Ok sekarang kita beralih kepada ILUSI yang bergerak-gerak pula. Sila Layan!!
Perhatikan palang di tengah dan gerakkan badan anda mendekati dan menjauhi skrin. Yes berpusing tapi tak berpusing..
Perhatikan pada satu bulatan sahaja dan korang akan nampak bulatan yang lain akan berpusing. Bila korang perhatikan di kawasan kosong di skrin, empat-empat bulatan akan berpusing..
Konsep yang sama seperti gambar di atas?Cantik?
Dalam banyak-banyak gambar, aku rasa ini yang paling otai. Boleh sesape kat sini bagitau bentuk sebenar gambar ni? Pening2...
Kita teruskan dengan gambar-gambar yang lebih kompleks yang bakal memerlukan anda untuk makan paracetamol yang dah 3 bulan ade dalam peti ais tu. Sedia? Zassss...
Gambar ni memerlukan korang untuk guna cermin. Tak pun terbalikkan skrin korang tu? Ganas? Sedikit...hehehehe
Aku tak tau sama ada korang boleh nampak atau tidak. Pasti korang akan nampak imej pokcik tua kan. Sebenarnya ada satu lagi imej iaitu couple tengah kissing. Apa die? Tak Ade? Aderrrr....
Possible?Impossible......
Gambar di bawah merupakan imej ilusi optik yang dilukis secara 3D hasil kerja pelukis jalanan Kurt Wenn.
Superb?Memang Powerf!
Itu saja untuk post kali ni. Imej 3D macam gambar di atas ada banyak. Memang cun. Kalau korang nak, cuba cari kat Search Engine. Kalau tak jumpe, hamba bersedia untuk memberi...Ok?Chow kit dulu!
JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI ILUSi...(ewah2)