Simulasi Medan Penglihatan : See Through Their Eyes

Assalamualaikum.....

Pekaba pembaca budiman sekalian.... Nak tau tak camane orang2 rabun atau berpenyakit mata melihat? Jom kita jengah simulasi medan penglihatan yang dipaparkan dibawah ni supaya kita dapat mengetahui keadaan sebenar status penglihatan setiap pesakit yang mengidapi penyakit2 mata..

Pandangan normal : Penglihatan jauh dan dekat yang jelas



Rabun Jauh (Myopia) : Penglihatan jauh yang kabur dan berbayang. Pengidap myopia tiada masalah untuk melihat objek yang dekat(bergantung pada tahap myopia)



Retinopati Diebetes : Medan penglihatan pesakit ini seperti terlindung di bahagian tertentu. Tompok hitam seperti gambar diatas adalah 'blocking' akibat cecair darah yang melimpah atau meresap keluar dari saluran darah mata.


Retinitis Pigmentosa : Penyakit yang amat ditakuti ini menyerang pada usia lewat kanak2 dan berkembang sehingga medan penglihatan seperti diatas penyakit yang boleh menyebabkan kebutaan ini berkait dengan faktor genetik dan setakat ini tiada cara pencegahan serta ubat yang dapat merawat masalah ini.
Age-Related Macular Degeneration : Penyakit yang disebabkan faktor umur ini akan menyebabkan penglihatan tengah pesakit menjadi terherot dan kabur.
Katarak : Selaput (Katarak) ini menyebabkan penglihatan dekat dan jauh pesakit menjadi kabur. Penglihatan boleh dipulihkan dengan menjalani pembedahan membuang selaput berkenaan dari kanta semulajadi mata kita. Kekaburan dengan katarak TIDAK BOLEH dibantu secara optimum dengan cermin mata


Glaukoma: Penyakit ini akan menyebabkan medan penglihatan kita menjadi sempit seperti 'terowong'. Jika ditahap yang teruk, kebutaan total boleh berlaku.




Orait......Got the picture? Kita berjumpa di lain post yek...

adios..


'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik