Tips Memilih Bingkai Kacamata Sesuai Dengan Bentuk Muka



Assalamualaikum......

Ok kali ini saya nak berkongsi dengan anda perkara yang agak subjektif sedikit iaitu berkenaan dengan pemilihan bingkai kacamata yang bersesuaian dengan bentuk muka anda...saya pasti ramai di antara kita yang masih tercari-cari bagaimana ingin memilih bentuk bingkai kacamata yang sesuai.....

Apabila sudah tiba masa untuk anda menukar kacamata, semestinya di dalam fikiran anda sudah terbayang fesyen-fesyen bingkai yang terbaru....dan sudah semestinya di setiap praktis optometri atau di kedai optikal menyediakan anda beratus-ratus bingkai yang bakal merambangkan mata anda....tetapi anda ingin cuba semua? Pastikan anda tidak berbuat demikian!! Jika tidak pasti semua yang ada di dalam kedai tersebut mula tersengih kambing menunggu anda membuat keputusan.....huhuhu......

Bentuk Muka Asas

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan bentuk muka manusia kerana kebanyakan bentuk muka manusia terdiri daripada kombinasi sudut dan bentuk yang pelbagai....walaubagaimanapun terdapat TUJUH bentuk muka manusia yang asas: bulat (round face), oval/bujur sirih (oval face), oblong (oblong face), segitiga (base-down triangle face), hati (heart face/base-up triangle face), berlian (diamond), petak (square face)....optometris atau optician yang baik akan menggunakan panduan ini untuk membantu anda memilih bingkai yang sesuai....

1. Bulat (Round Face)
Muka yang berbentuk bulat mempunyai garisan lengkung di mana lebar dan panjang muka mempunyai nisbah yang sama dan hampir sekali tidak mempunyai sudut....

Tindakan: Pilih bingkai yang menjadikan muka anda kelihatan lebih panjang dan lebih kurus.....
  • Bingkai berbentuk petak akan mengurangkan muka kelihatan bulat...
  • Kaki (temple) yang tinggi atau sederhana tinggi akan membantu muka kelihatan lebih panjang....
  • Bingkai yang sedikit gelap kerana dapat mengimbangi bentuk wajah yang bulat....
Elakkan: Bentuk bingkai yang bulat kerana muka anda akan kelihatan lebih bulat.....

Tip: Penahan hidung (nosepads) yang boleh diubah-ubah posisinya boleh digunakan untuk mengelakkan kacamata daripada menyentuh pipi...apalagi jika anda senyum pasti kacamata anda akan terangkat bila bersentuh dengan pipi.....(-^^-)

2. Oval/Bujur Sirih (Oval Face)
Muka berbentuk oval atau bujur sirih dikategorikan sebagai bentuk yang sangat ideal disebabkan nisbah keluasan yang menarik....senang cerita muka cun la...heheheh....kawasan di bahagian pipi adalah lebih kecil berbanding dengan kawasan dahi dan tulang pipi selalunya lebih tinggi.....

Tindakan: Anda yang mempunyai bentuk muka ini hampir tiada masalah dalam memilih bentuk bingkai...untung sesiapa yang mempunyai bentuk muka bujur sirih ni.....
  • Pilih bingkai yang tidak melangkaui nisbah muka anda....tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.....
Elakkan: Bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang rendah atau "jatuh" kerana ia akan menyebabkan muka anda tidak seimbang....

Tip: Adalah menjadi kebiasaan bagi mereka yang mempunyai muka bujur sirih untuk memakai bingkai yang kecil...tujuannya adalah untuk mengimbangkan bentuk muka...yang penting adalah memastikan bingkai sesuai dengan saiz muka dan tidak menjanggalkan muka anda....jangan cacatkan muka anda ok...?

3. Petak (Square Face)
Muka yang berbentuk petak bercirikan bentuk rahang yang sangat jelas, kawasan dahi yang luas dan kawasan dagu dan tulang pipi yang lebar...nisbah lebar dan panjang muka selalunya adlah normal.....

Tindakan: Pilih bingkai yang menjadikan muka anda kelihatan lebih panjang dan "melembutkan" sudut-sudut di muka anda....
  • Pilih bingkai yang sedikit melengkung, kaki (temple) bingkai sedikit tinggi untuk mengurangkan kedudukan rahang yang terlalu menonjol....
  • Pilih bingkai yang lebih horizontal daripada vertikal iaitu tidak terlalu lebar secara vertikalnya....
  • Bingkai berbentuk bulat dan bujur adalah yang paling sesuai....
  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di bahagian atasnya...iaitu lebih tebal di bahagian atasnya....
Elakkan: Bingkai yang rata dan petak di bahagian bawahnya kerana muka anda akan menjadi lebih petak....oleh itu cuba bingkai yang melengkung sedikit di bawahnya supaya seimbang dengan muka anda...selain itu ini juga dapat mengelakkan orang ramai melihat dagu anda yang bersegi itu.....[^^]

4. Berlian (Diamond Face)
Muka yang berbentuk berlian disifatkan sebagai kawasan yang sempit pada mata dan rahang, serta dahi dan pipi yang kecil....tulang pipi selalunya tinggi dan agak jelas kelihatan....bentuk muka ini sangat jarang didapati.....

Tindakan: Pilih bingkai yang dapat melebarkan dahi dan rahang serta pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang kecil....

  • Pilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya...
  • Frameless adalah pilihan yang bagus untuk bentuk muka ini....
  • Bingkai petak yang mempunyai bahagian atas yang rata dan melengkung di bahagian bawah juga sesuai....
Elakkan: Memilih kaki (temple) yang jatuh....

Tip: Untuk menonjolkan bahagian mata dan menyorokkan bahagian tulang pipi, cuba bingkai yang mempunyai browlines (bentuk seperti bingkai kacamata Wayfarer Ray Ban)....

5. Oblong (Oblong Face)
Muka yang oblong adalah lebih panjang dari lebar muka seseorang itu, mempunyai garisan lurus pipi yang panjang dan kadang-kadang mempunyai garis hidung yang panjang.....

Tindakan: Pilih bingkai yang "memendekkan" muka...

  • Cuba bingkai yang lebih lebar atau lebih labuh....
  • Cuba juga bingkai yang agak bulat, lebar atau berbentuk agak segitiga (bawah besar dari atas)....
  • Pilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang bercorak dan menarik kerana ia dapat menambahkan lebar pada muka anda.....
Tip: Nosebridge yang rendah membantu dalam "memendekkan" hidung dan kaki (temple) yang "jatuh" akan membantu memperlihatkan muka menjadi lebih pendek......

6. Hati (Heart Face/Base-up Triangle Face)
Muka berbentuk hati mempunyai kawasan dahi yang sangat luas dan tulang pipi yang sangat tinggi....bahagian dagu pula kecil berbanding kawasan dahi.....

Tindakan: Pilih bingkai yang lebar sedikit di bahagian bawahnya...ini berfungsi untuk meminimumkan kelebaran di bahagian dahi anda.....

  • Kaki (temple) yang jatuh akan menambahkan keseimbangan muka....
  • Contoh bentuk bingkai lain adalah seperti rama-rama (butterfly), aviator (bentuk seperti sunglasses Ray Ban klasik yang popular sekarang ini), atau bentuk segitiga juga sesuai untuk bentuk muka ini....
  • Pilih bingkai yang mempunyai warna yang cerah....
  • Rimless juga sesuai untuk bentuk muka ini.....
Elakkan: Memilih bingkai yang kelihatan berat di atasnya...

Tip: Bentuk muka ini merupakan bentuk muka yang sukar untuk dipadankan dengan bingkai kacamata disebabkan hampir kesemua bentuk bingkai akan menyerlahkan kawasan muka yang tidak mahu diserlahkan....oleh itu rimless adalah pilihan terbaik untuk anda.....

7. Segitiga (Triangular Face)
Muka berbentuk segitiga mempunyai kawasan dahi yang kecil manakala kawasan rahang, pipi dan dagu yang luas....

Tindakan: Pilih bingkai yang dapat menambahkan lebar pada kawasan dahi, "melembutkan" dan mengecilkan kawasan rahang, pipi dan dagu....

  • Bingkai yang dipilih kelihatan sedikit berat di bahagian atasnya....di bawahnya mempunyai sudut yang sedikit ke dalam...
  • Cuba bingkai yang petak sedikit atau half-frame atau sebarang bentuk bingkai yang menyerlahkan separuh bahagian atas bingkai tersebut....
Elakkan: Memilih bingkai yang mempunyai kaki (temple) yang jatuh.....

Tip: Anda boleh mencuba bingkai yang mempunyai kombinasi warna yang pelbagai atau bingkai berbentuk mata kucing (cat's eye shape)......

Begitulah secara ringkasnya ketujuh-tujuh bentuk muka asas yang boleh anda jadikan panduan semasa memilih bingkai....jangan lupa juga anda mesti memilih bingkai yang anda rasa yakin semasa anda memakai kacamata tersebut....yang penting cuba pakai bingkai tersebut sebelum membelinya...keyakinan dan keselesaan perlu diambilkira sebelum membeli....beli secara online ok tapi anda perlu ingat ayat di bawah ini....

BINGKAI YANG KELIHATAN CANTIK PADA PANDANGAN ANDA,
TIDAK SEMESTINYA ANDA KELIHATAN CANTIK BILA MEMAKAINYA!

ok? yessszassslayaaannn...(-^^-)

9 Comments
Disqus
Fb Comments

9 Komentar:

Selamat Menyambut Ramadhan


Assalamualaikum.....

Bulan Ramadhan telah tiba lagi. Marilah kita sama2 mengimarahkan bulan puasa ini amal ibadat yang tidak putus2. Jagalah hati, jagalah mata, jagalah percakapan di bulan yang mulia ini....

Kami dari blog Mata dan Penglihatan mengucapkan selamat menyempurnakan ibadat puasa kepada para pembaca dan pengunjung blog ini...

adios.....


'YOUR EYES COMPANION'

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Artikel Kosmo! 17 August 2009 : Disyor Pakar Optometri !



Oleh YEO LI SHIAN
ls.yeo@kosmo.com.my

KEBANYAKAN wanita yang bercermin mata biasanya tidak akan teragak-agak untuk beralih kepada kanta lekap. Satu sebab utama adalah untuk kelihatan cantik. Kedua, lebih selesa dan mudah diuruskan.

Alasan pertama tadi mungkin senang diterima. Sebabnya, itulah kenyataan yang berlaku kepada sebahagian besar pengguna kanta lekap khasnya wanita. Tetapi, jika pemakaian kanta lekap dikatakan lebih mudah berbanding cermin mata, apakah kriteria yang perlu diambil kira sebelum membeli kanta lekap? Lebih-lebih lagi bagi pengguna kanta lekap kali pertama?

Kanta lekap merupakan satu alat perubatan terapeutik yang memiliki pelbagai aplikasi. Sama ada untuk memperbaiki masalah pembiasan, kornea bermasalah ataupun keadaan patologi yang lain.

Dengan kira-kira 70 peratus pengguna kanta lekap di Malaysiaberusia antara 18 hingga 34 tahun, adakah mereka ini mengetahui prosedur penyesuaian kanta lekap yang betul?

Pakar kesihatan mata yang juga ahli Akademi Optometri Amerika (AAO), Dr. David Hansen berkata, pengguna perlu mendapatkan penilaian pakar sebelum membeli kanta lekap daripada sumber lain kecuali kedai optikal.

"Kanta lekap tidak boleh dibeli terus daripada kaunter seperti komoditi lain, misalnya berus gigi. Ia memerlukan nasihat, penyesuaian dan pemantauan yang betul serta penilaian susulan daripada doktor bertauliah," katanya ketika berada di ibu negara baru-baru ini.

Jika anda baru kali pertama menggunakan kanta lekap, apakah prosedur yang perlu diketengahkan oleh seorang pakar optometri?


DAVID HANSEN


Menurut Dr. David, pemeriksaan visual yang menyeluruh diperlukan untuk menilai keadaan pembiasan mata, susunan atau koordinasi mata dan penglihatan serta penilaian patologi komprehensif.

"Penilaian patologi ini merujuk kepada mengesan kehadiran glaukoma, keadaan retina dan sebarang keabnormalan pada keseluruhan sistem visual. Pemerhatian yang lebih juga perlu diberikan kepada bahagian kornea, adneksa serta sifat-sifat fizikal mata dan kelopak mata," jelasnya.

Proses suai padan atau pemilihan kanta lekap juga harus dilakukan oleh seseorang yang bertauliah. Di Amerika Syarikat (AS) misalnya, kanta lekap hanya boleh disyorkan oleh pakar optometri berlesen atau pakar oftamologi.

Proses pemilihan dan suai padan kanta lekap pesakit juga tidak mengambil masa yang lama. Selepas pemeriksaan visual awal yang menyeluruh, lazimnya proses suai padan kanta lekap pesakit hanya memakan masa kira-kira sejam. Kanta lekap diagnostik akan digunakan untuk menilai kejelasan, kesesuaian dan keselesaan si pemakai.

"Keadaan yang lebih rumit seperti kornea yang bermasalah, keadaan patologi yang berlanjutan ataupun masalah pembiasan yang tinggi mungkin memerlukan pertemuan dengan pakar mata beberapa kali.

"Tambahan pula, pesakit juga perlu tahu definisi kesesuaian sesebuah kanta lekap," tambahnya.


PEMAKAIAN kanta lekap baik untuk tujuan riadah.


Perimeter-perimeter untuk menentukan kesesuaian sesebuah kanta lekap antaranya termasuk penilaian biomikroskop. Penilaian biomikroskop diperlukan untuk menguji kejelasan kornea, kualiti lapisan prakornea dan kadar kelembapan dan saiz serta struktur kornea dan tisu-tisu okular. Selain itu, ia juga merangkumi pemeriksaan kelopak mata untuk menilai kelipan mata dan tahap ketajaman penglihatan.

"Malah, keselesaan dan penentuan kanta lekap yang sesuai juga perlu bergantung kepada taburan air mata atau lembapan yang sekata di bahagian belakang kanta lekap," katanya.

Menyentuh tentang pemakaian kanta lekap, tidak kurang yang menggunakannya untuk tempoh yang lama. Adakah ini syorkan oleh seorang pakar mata seperti David?

Jelasnya, pemakaian kanta lekap untuk tempoh masa yang lama sememangnya memberi banyak kebaikan. Lebih-lebih lagi bagi pesakit yang memerlukan jadual pemakaian khas ekoran keadaan kerja atau untuk tujuan riadah.

"Satu kebaikannya ialah untuk mereka yang tidak upaya. Sebabnya ketidakupayaan itu membuatkan mereka sukar untuk memakai dan mengeluarkan kanta lekap atau bagi mereka yang tidak mempunyai jadual kerja yang sistematik.

"Keburukannya pula ialah kajian klinikal telah menunjukkan pesakit yang memakai kanta lekap untuk tempoh lama adalah empat kali ganda lebih cenderung mengalami jangkitan kornea. Ini berpotensi menjurus kepada komplikasi lain yang biasanya berlaku apabila pesakit tidak menguruskan kanta dengan baik," tekannya.

Mungkin ada juga yang berpendapat penggunaan kanta lekap mendatangkan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan. Malah, dengan rejim penjagaan yang disifatkan 'leceh' oleh sesetengah orang, bagaimanakah pandangan David dalam hal ini?

"Kanta lekap sebenarnya satu pilihan rawatan dan pemulihan untuk pesakit yang mempunyai masalah penglihatan. Jika pengguna dididik secara betul, maka penggunaan kanta lekap adalah selamat.

"Tahap kesihatan yang baik memerlukan perhatian sistematik dan ketelitian. Begitu juga dengan pengurusan kanta lekap," tambahnya.

Memadai gosokan lembut


GOSOKAN lembut pada kanta lekap berkesan untuk membersihkan alat tersebut.


Dari segi penjagaan kanta lekap pula, bagaimanakah pengguna perlu arif memilih kaedah pembersihan yang betul?

Pelbagai kajian dalam beberapa tahun kebelakangan ini mendapati gosokan lembut ke atas kanta lekap adalah kaedah paling berkesan untuk membersihkan alat tersebut.

Terang Dr. David, 99 peratus mikroorganisma boleh dikeluarkan daripada permukaan kanta menerusi gosokan ringkas disertai dengan bilasan.

Namun, sejak cecair pelbagai guna formula ‘tanpa gosokan’ untuk kanta lekap dikeluarkan, ramai pengguna mengaplikasikan teknik yang salah.

Maknanya, kebanyakan pengguna kanta lekap nampaknya lebih cenderung merendam kanta lekap selama empat hingga enam jam sebagai satu-satunya kaedah untuk menjaga peralatan itu.

“Cecair tanpa gosokan pada awalnya diperkenalkan untuk memudahkan rejim penjagaan kanta lekap pengguna. Malangnya, ia telah menjurus kepada masalah pengguna melupakan bilasan sebelum merendam alat tersebut.

“Bilasan prarendam ini penting untuk menyingkirkan habuk dan mikroorganisma. Gosokan lembut pada kanta lekap perlulah dilakukan secara sistematik. Iaitu dari bahagian tengah ke arah luar tanpa memerlukan pergerakan berpusing-pusing,” katanya.

Kaedah ini katanya dapat mengurangkan kanta lekap daripada terkoyak dan berupaya menyingkirkan habuk daripada bahagian luar kanta lekap.

Di samping itu, kebersihan penggunaan kanta lekap juga tidak hanya terhad kepada penggunaan cecair pembersih. Pakar penjagaan mata profesional perlu menekankan tentang perlunya kebersihan, persekitaran yang bersih, penggantian kanta lekap, rejim gosok dan bilas, pembasmian kuman serta pertukaran kotak kanta lekap dan pemeriksaan susulan.

Bagaimanakah pula pengguna kanta lekap mengurangkan ketidakselesaan akibat kekeringan mata? Menurut Dr. David, penilaian menyeluruh oleh seorang pakar profesional terhadap punca berlakunya mata kering boleh membantu menentukan program rawatan sewajarnya.

Jelas Dr. David lagi, masalah mata kering yang berlanjutan tanpa rawatan boleh memberi sedikit kesan kepada kesihatan okular.

“Masalah itu akan menjurus kepada masalah patologi sehingga menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat dan juga berpotensi mengakibatkan hilang penglihatan jika tidak dirawat,” katanya


Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

0 Comments
Disqus
Fb Comments

0 Komentar:

Ketumbit : Stye dan Chalazion


Assalamualaikum...

Akhirnya dapat jugak aku meluangkan masa untuk menulis balik dalam blog nih.... Kepada follower2 blog nih aku mintak maaf pasal dah lame x update...huhu... Agak busy akhir2 ni dgn pelbagai program dan urusan yang nak diselesaikan....

Okla... untuk post kali ini aku nak bagi info sket tentang stye dan chalazion. Secara umumnya dua jenis ketumbuhan pada bahagian luar mata ini dipanggil ketumbit. Rasanye ramai antara kita penah kene ketumbit nih. Biasenye ketumbit ni taklah merbahaya (benign) dan tidaklah merebak kebahagian mata yang lain.

Stye adalah ketumbuhan yang berbentuk sperti jerawat yang tumbuh biasenye pada hujung kelopak mata atas atau bawah. Stye ni atau name lain nya hordeolum boleh tumbuh di bahagian luar atau dalam kelopak mata. Biasenye korang takyah la risau sangat kalau mengidap stye ni pasal ketumbuhan ni taklah efek pada penglihatan.

Biasenye sebelum stye betul menampakkan pembesaran, kelopak mata pengidap akan terase mcm membengkak, merah dan sakit. Selepas beberapa lama, benjolan seperti jerawat akan muncul di bhagn hujung kelopak mata yang dijangkiti. Kadang2 disamping bahagian benjolan yang ketara, keseluruhan kelopak mata jugak akan nampak bengkak berbanding mata yang tidak dijangkiti.

Punca : Stye ni terjadi akibat jangkitan dari bakteria staphylococcal yang berada di hidung manusia. Dengan mudah sahaja bakteria ini dapat berpindah ke mata dan menyebabkan ketumbuhan pada kelopak mata jika kita kerap menggosok mata selepas menyentuh hidung kita terutama bahagian hidung yang bermukus...

Rawatan : Biasenye pengidap stye ni akan diberi arahan untuk melakukan 'warm compression' di mana bahagian mata yang terkena jangkitan akan dituam dengan kain yang dicelup dengan air panas. Aplikasikan rawatan ini 2-4 kali sehari sehingga ketumbuhan ini surut. biasenya dalam 2-3 hari je stye ni akan susut dan tinggal bahagian 'mata' sahaja....

Jangan korang pandai2 nak picit n pecahkan stye tu sendiri ye. Stye ni akan lebih lambat sembuh kalau ketumbuhan tu tumbuh belah dalam kelopak mata.. Biasenye ketumbuhan belah dalam akan menyebabkan benjolan yang lebih serius dan kebiasaanye bantuan doktor diperlukan untuk 'memecahkan' stye ni. Kalau korang berulangkali mengidap stye dalam jangkamasa terdekat, biasenye korang akan diberi antibiotik tertentu untuk merawat penularan ketumbuhan ni.

Chalazion

Chalazion pula dalah satu lagi jenis ketumbuhan pada kelopak mata yang biasanya disalahfaham dengan stye. Biasenye chalazion ni tumbuh pada bahagian lebih jauh dari margin kelopak mata. Pada permulaan nya chalazion akan berbentuk seperti stye tetapi lama kelamaan ketumbuhan akan membesar menjadi satu benjolan besar yang tidak menyakitkan. Chalazion juga tidak mempunyai 'mata' seperti jerawat.

Punca : Biasanya chalazion disebabkan oleh pengumpulan bahan berminyak akibat saluran air mata yang tersumbat. Bahan berminyak ini adalah antara bahan yang menjadi kandungan pelincir bagi air mata kita. Penyumbatan saluran keluar bahan ini menyebabkan bahan ini tidak dapat dirembeskan dengan sempurna....

Rawatan : Rawatan chalazion adalah sama dengan rawatan stye. Walaupun begitu. chalazion boleh membesar sehingga mencacatkan penampilan pada mata kite dan tidak surut sehingga berminggu2. Bila berlaku perkara macam ni, biasenye doktor sendiri akan mengeluarkan dan membuang chalazion dengan melakukan pembedahan kecil.

Chalazion yang melarat boleh dirawat dengan steroid jugak untuk mempercepatkan penyurutan bahan berminyak yang tersumbat. Chalazion yang lambat dirawat boleh jugak menekan kornea dan memberi kesan kepada penglihatan.... Walaupun begitu korang jangan risau pasal kebanyakan kes stye dan chalazion ini biasanya tak merbahaya pun...:)


adios.....


'YOUR EYES COMPANION'

36 Comments
Disqus
Fb Comments

36 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik