Surat Amaran Dari Pos Malaysia Kepada Setiap Rumah Di Malaysia!
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Minggu lepas saya menerima sekeping poskad dengan highlight merah siap ada alamat rumah sendiri lagi tapi tak bernama huhu.. Penghantarnya dari Pos Malaysia sendiri. Belek punya belek rupa-rupanya..
poskad pemberitahuan format sebenar alamat rumah saya. Mungkin kesemua rumah akan dapat poskad yang sama rasanya. Bukanlah surat amaran pun..biasalah tajuk kasi skikit gempak hehehe..
Muka depan |
Muka belakang |
Sebenarnya Pos Malaysia sedang menjalankan program transformasi bagi proses penghantaran surat supaya jadi lebih teratur dan efisyen. Setiap rumah diberikan satu poskad pemberitahuan format alamat bagi setiap rumah. Atau dalam bahasa mudahnya, nak suruh rakyat Malaysia ni tahu tulis alamat dengan betul.
Berkemungkinan besar, ramai lagi rakyat Malaysia ni yang masih terkial-kial untuk menulis alamat rumah sendiri atau alamat penerima surat. Oleh itu Pos Malaysia pun mengorak langkah men"sekolah"kan kembali mereka-mereka yang tak berapa reti menulis alamat ni.
Kempen Dolu-Dolu
Jika anda selalu pergi ke pejabat pos, anda mesti perasan sebenarnya kempen ini telah lama dijalankan oleh Pos Malaysia. Poster kempen ini sudah lama ditempel di pejabat pos. Bukan hanya kempen menulis alamat dengan betul tapi kempen menggunakan sampul yang betul juga diselitkan sekali. Tapi berapa kerat sangatlah yang nak tengok DAN baca poster tu kan.
Mungkin modus operandi poster sudah ditelan zaman yang kurang berkesan dan ditukar kepada pemberitahuan yang lebih direk iaitu melalui poskad pula. Sekurang-kurangnya kempen ini sampai di setiap rumah dan kebarangkalian untuk satu atau dua orang ahli rumah membaca poskad ini lebih tinggi.
Bagaimana cara-cara menulis alamat dengan betul?
Nama penerima dan alamat adalah cadangan hiasan sahaja. |
1. Tulis nama penerima dahulu. (cth Datuk Jamal Pak Tongko)
2. Tulis nombor rumah. (cth: No 666)
3. Tulis nama jalan. Perkataan "Jalan" boleh dipendekkan menjadi "JLN". (cth: JLN GAGAK DI RIMBA)
4. Tulis nama taman, apartment, kondo atau lain-lain yang berkaitan di barisan baru. (cth: TMN RIMBA BARA)
5. Tulis Poskod.
6. Tulis nama bandar di sebelah poskod. (cth: TAPAH)
7. Tulis nama negeri di akhir sekali. (cth: PERAK DARUL RIDZUAN)
INGATAN
a Pastikan tulisan anda jelas dan nyata. Maksudnya setiap huruf dapat dibezakan. Bukan macam cacing kerawit.
b Gunakan pen yang warna dakwatnya kontras dengan sampul surat. Janganlah tulis guna pen dakwat hijau terang atas sampul putih. Konon-konon nak fancy2 lettew.. Kesian posmen tu nak baca dan jangan salahkan posmen kalau surat tak sampai yek.
c Kalau lupa poskod, usahakanlah mencarinya. Klik sini untuk Senarai Poskod Seluruh Malaysia.
Marilah kita sama-sama menyokong program ini. Diharapkan dengan tersebarnya kempen ini akan menyedarkan rakyat Malaysia bagaimana menulis alamat dengan betul. Secara tidak langsung ke"efisyenan" dan tahap integriti posmen juga akan meningkat..
Sebelum cabut, layan lagu terbaru Monoloque featuring Siti Nurhaliza ni dulu..
Tajuk: Tanah Airku Tanah Airmu Jua
jgn hantar surat ikut sdap hati jer..hehe
BalasPadamYe btol tu! kat rumah saya ni bukan surat org dulu punye je ade, yg alamat lain pun ade..tu nak salahkan sape tu?posmen :P
Padammembalas kunjungan disini..
BalasPadam*saya juga ada menerima poskad seperti ni semalam.. :)
Terima kasih mencemar duli :P
Padamsimpan elok2 poskad tu buat rujukan masa akan datang :)
saya tak ambik prot pulak pasal ini. Alamat dalam ic kena tukar gak ke?
BalasPadamTak perlu Mizi..yang ni untuk proses surat menyurat je..
Padamkesian gak pakcik posmen nak baca tulisan semua orang :P
BalasPadamPostman..the unsung hero hehehe..
PadamNice post, things explained in details. Thank You.
BalasPadamIt was very useful for me. Keep sharing such ideas in the future as well. This was actually what I was looking for, and I am glad to came here! Thanks for sharing the such information with us.
BalasPadamSelam admin guzel konular ve guzel site basarilarin devamini bekleriz tanks
BalasPadamNice post, Critical things are explained in details. I appreciate it. Thanks
BalasPadamI hope you will keep on submitting new articles or blog posts & thank you for sharing your great experience with us.
BalasPadamThis is wonderful. I am not quite much with the internet, but I believe that what I just read is some good material. Thanks for writing such wonderful article. God bless.
BalasPadamhappy new year 2018 quotes for friends
BalasPadamhappy new year wishes for brother
happy new year 2018 sms hindi
wish you happy new year song
advance happy new year 2018
new year wishes for boyfriend
new year wishes to brother
your post is really really informmative as well as properly structured too. I loved reading it and looking forward for such awesome and amazing posts. Please keep postign such posts in future also
I don’t know how should I give you thanks! I am totally stunned by your article. You saved my time. Thanks a million for sharing this article.
BalasPadamUT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT/UT
BalasPadam