Masalah Untuk Fokus Dekat Dan Jauh. Anda Mengalaminya?


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Salah satu rungutan atau simptom yang sering dilaporkan berkaitan penglihatan ialah kesukaran untuk mengekalkan fokus apabila melihat jauh selepas melakukan kerja-kerja dekat dan/atau sebaliknya.


Seperti contoh seseorang pelancong dapat membaca peta atau GPS dengan jelas tetapi tidak dapat melihat dengan jelas papan kenyataan atau signboard yang terletak jauh di hadapan. Namun selepas 5 hingga 10 saat penglihatan kembali pulih.

Simptom atau aduan ini adalah berpunca daripada masalah sistem pemfokusan mata yang dipanggil sebagai Sistem Akomodasi Mata

Asasnya, sistem akomodasi mata ini membolehkan manusia untuk melihat pada jarak dekat dan jauh secara berturut-turut dengan jelas dan lancar.



Namun begitu, terdapat juga keadaan di mana sistem akomodasi mata ini tidak berfungsi secara baik dan mengganggu kelancaran aktiviti seseorang. Terdapat tiga keadaan yang biasa berlaku di kalangan masyarakat Malaysia:

1. Accommodative Insufficiency (Kekurangan Akomodasi)
2. Accommodative Spasm (Kekejangan Akomodasi)
3. Accommodative Infacility (Ketakstabilan Akomodasi)

1. Accommodative Insufficiency (Kekurangan Akomodasi)
Situasi: "Kalau aku tengok jauh jelas, tapi tengok dekat kabur plak!"

Penerangan: Pada kebiasaannya, pesakit yang kekurangan keupayaan akomodasi tidak mengalami masalah untuk melihat jauh tetapi akan mengalami kesukaran membaca dekat, kurang konsentrasi dan jika pesakit paksa untuk berakomodasi, beliau akan mengalami sakit kepala (asthenopia).

Senaman mata yang boleh dilakukan
i. Ambil kad kredit atau kad ATM anda. (Mengapa kad kredit/ATM? Sebab ianya mengandungi saiz huruf yang cukup kecil untuk latihan ini dan hampir kesemua orang mempunyainya.)
ii. Lihat di bahagian belakang kad tersebut yang mengandungi deskripsi kad.


iii. Pegang kad tersebut lebih kurang 2 kaki dari mata.
iv. Fokus pada satu perkataan. Sebagai contoh perkataan "smart".
v. Sambil fokus pada perkataan tersebut, gerakkan kad tersebut mendekati mata anda sehingga perkataan tersebut menjadi kabur.
vi. Tutup mata dan buka. Fokus lagi untuk kejelasan.
vii. Ulang 10 kali.


2. Accommodative Spasm (Kekejangan Akomodasi)
Situasi: "Masa study 2-3 jam mata aku takde masalah, lepas tu bila aku nak tengok jauh kabur pulak!"



Penerangan: Berlawanan dengan accommodative insufficiency, pesakit mengalami masalah untuk melihat jauh sebaik sahaja selepas melakukan kerja dekat untuk suatu tempoh yang lama.

Senaman mata yang boleh dilakukan
i. Ambil kad kredit atau kad ATM anda.
ii. Lihat di bahagian belakang kad tersebut yang mengandungi deskripsi kad.
iii. Pegang kad tersebut lebih kurang 15cm dari mata.
iv. Fokus pada satu perkataan. Sebagai contoh perkataan "smart".
v. Sambil fokus pada perkataan tersebut, gerakkan kad tersebut menjauhi mata anda dan berhenti pada jarak 2 kaki.
vi. Jika perkataan tersebut kabur, tutup mata dan buka. Fokus lagi untuk kejelasan.
vii. Ulang 10 kali.


3. Accommodative Infacility (Ketakstabilan Akomodasi)
Situasi: "Bila aku tengok jauh, kabur sekejap lepas tu jelas. Bila aku tengok dekat, kabur sekejap lepas tu jelas pulak."

Penerangan: Merujuk kepada situasi di atas, pesakit akan mengalami kekaburan pada permulaan melihat objek dan akan bertukar jelas selepas beberapa saat atau minit. Ini berlaku semasa pertukaran melihat jauh ke dekat atau dekat ke jauh.

Senaman mata yang boleh dilakukan
i. Ambil kad kredit atau kad ATM anda.
ii. Lihat di bahagian belakang kad tersebut yang mengandungi deskripsi kad.
iii. Pegang kad tersebut lebih kurang 2 kaki dari mata.
iv. Fokus pada satu perkataan. Sebagai contoh perkataan "smart".
v. Dalam masa yang sama, pastikan anda menghadap jam dinding (atau apa-apa objek) yang terletak lebih kurang 10 kaki dari anda.
vi. Secara berselang seli, lihat perkataan "smart" pada kad kemudian lihat pada jam dinding. Kemudian lihat kembali perkataan "smart" pada kad tetapi dalam masa yang sama dekatkan sedikit kad tersebut ke mata.
vii. Ulang 10 kali dan dekatkan kad kredit/ATM setiap kali anda menukar pandangan ke kad.

Latihan-latihan yang diajar di atas adalah latihan mudah yang anda boleh lakukan di rumah. Walaubagaimanapun, dalam masa yang sama anda digalakkan berjumpa dengan Optometris untuk meningkatkan lagi peluang kesembuhan kerana mereka akan menunjukkan latihan-latihan tambahan yang lain.

Wallahua'lam...





6 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

6 ulasan:

  1. saya mengalami hal semacam diatas gan, awalnya sih minus biasa tapi lama lama jagi gituan tuh, thx infonya saya akan coba senam matanya :),

    oya bos, gabung sini bos, cuman instal program dan gak ngapa2in lagi dibayar 1 - 2$ perhari, cek disini http://bit.ly/17Df3l1

    BalasPadam
    Balasan
    1. My pleasure masdani..semoga dapat membantu mas :)

      Padam
  2. Hey keep posting such good and meaningful articles.

    BalasPadam
  3. Awesome work. Just wanted to drop a comment and say I am new to your blog and really like what I am reading.Thanks for the share.

    BalasPadam
  4. Accommodative infacility ni kalau buat spek mcm mane ehh??
    Membantu tak??

    BalasPadam
  5. """TRIBUN855.COM adalah kumpulan situs judi online terlengkap seperti ,SLOT Gaming , slot gacor , casino online, judi bola, togel online dan slot online. Situs Ozzo Slot Gaming Tribun855 Berikut Permainan yang dapat dimainkan hanya dengan 1 userid sudah bisa memainkan Togel Online, Judi Taruhan Sabung Ayam Sv388, Judi Bola Online, Judi Live Casino Online, Judi Arcade Seperti Dindong, tembak ikan, Poker, Slot Online, Table Game dan masih banyak lainnya.

    Selamat Datang Di TRIBUN855.COM Situs Agen JUDI
    """

    BalasPadam

Blog-Blog Lain Yang Menarik