Update Kalendar Puasa Sunat 2013


Assalamualaikum dan Salam Ceria,

Sedar tak sedar sudah 4 minggu kita telah melangkah masuk ke tahun 2013. Pasti ramai yang masih panas dengan azam baru dan diharapkan akan terus panas sehingga tercapai. 

Kepada yang berazam untuk menunaikan puasa sunat sepanjang tahun ini, saya sudah siapkan update Kalendar Puasa Sunat 2013 yang mana anda boleh install ke dalam gajet iOS6 (iPod Touch, iPhone, iPad), Android, Windows dan Mac. Dengan cara ini anda boleh set reminder supaya tidak terlepas hari untuk berpuasa sunat.


Di samping hari puasa sunat, terdapat 2 ciri tambahan lagi dalam update ini iaitu:
  1. Tarikh besar umat Islam. Contohnya Maulidur Rasul, Hari Asyura dan sebagainya.
  2. Hari cuti am Malaysia. Contohnya Hari Pekerja, Hari Tahun Baru Cina dan sebagainya.



Contoh Kalendar Puasa Sunat 2013. Klik gambar untuk paparan yang lebih besar.


Seperti post yang lepas (Install Kalendar Puasa Sunat Dalam Gajet iOS6), terdapat dua teknik untuk update. Teknik pertama iaitu teknik yang agak kompleks tapi menariks dengan menggunakan cara download dan upload. Manakala untuk teknik kedua, anda hanya perlu SUBSCRIBE sahaja. Teknik kedua ini jauh lebih mudah.

Teknik 1: Agak Kompleks Tapi Menariks

1. Download fail ini: Kalendar Puasa Sunat 2013 (1434/1435 Hijrah dan save di tempat yang mudah access.
2. Ikut langkah seterusnya di link ini: Install Kalendar Puasa Sunat Dalam Gajet iOS6


Teknik 2: Subscribe kalendar (Shortcut)
Teknik ini sebenarnya lebih mudah iaitu anda hanya langgan (Subscribe) kalendar puasa melalui kalendar yang sedia ada. Cara-cara ialah seperti berikut:

1. Buka Google Calendar anda. Lihat di bahagian kiri bawah skrin ada option Other Calendars. Klik pada anak panah Other Calendars tersebut dan klik Add A Friend's Calendar.

2. Pada ruang kosong yang tertera, masukkan alamat ini:

kalendarmuslim@gmail.com

3. Kemudian klik button Add.

4. Siap! Anda akan dapat lihat Kalendar Puasa Sunat 2013 akan tertera pada Google Calendar anda.

5. Langkah seterusnya adalah synchronize Google Calendar dengan iPad/iPhone/iPod Touch supaya kalendar tersebut terpapar pada gajet anda. Untuk Synchronize dengan iPad / iPhone / iPod Touch, sila lihat manual di sini: Install Kalendar Puasa Sunat Dalam Gajet iOS6.

Semoga berjaya!

P/S: Saya mendapat ilham installation dan subscribe Google Calendar di atas, adalah dari jadual puasa sunat 2013 yang telah ramai bloggers dan social networkers sebarkan. Saya sertakan jadual tersebut di bawah sebagai panduan bersama.

Jadual Puasa Sunat 2013. Klik untuk besarkan dan right klik untuk download.


Wallahua'lam.

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Blog-Blog Lain Yang Menarik