Lee Chong Wei, Lin Dan vs Rafael Nadal, Roger Federer


Assalamualaikum dan salam ceria,

Kelmarin 13 Mac 2011 menjadi tarikh bersejarah bagi Malaysia, apabila Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan bagi kali kedua berturut-turut Kejohanan Terbuka Yonex All England 2011. Dengan kemenangan ini, sekaligus secara peribadi menamatkan kemarau kemenangan ke atas musuh ketat gila, Encik Lin Dan.

Lokasi perlawanan, National Indoor Arena, Birmingham bergema dengan sorakan padu member-member kita yang berada di sana memberikan full support kepada Datuk sampai ketaq kepala lutut Lin Dan. Walaupun beberapa kali Lin Dan bersikap sedikit tak profesional dalam game tersebut (refuse to change shuttlecocks, after requested by Datuk)  tapi Datuk tetap cool hensem dan bermain dengan lebih baik. Siap putus tali raket tu.. Walaubagaimanapun, game semalam memang best dan tahniah pada korang berdua. It was awesome and we were so entertained (tambah-tambah lagi tengok The Arrogant Lin Dan kalah hehehe).


Melihat kepada game yang sangat menghiburkan (yang pasti tak menghiburkan untuk member2 China), mengingatkan saya kepada game Roger Federer dan Rafael Nadal yang memang ditunggu-tunggu bukan sahaja peminat tenis seluruh dunia tetapi juga menarik perhatian mereka yang luar dari bidang tenis ni. Contohnya saya  sendiri hehehe..saya tak berapa kenal game tenis ni tapi kalau ade game Federer vs  Nadal memang saya nak tengok. Otai tenis ni..


Perihal Roger Federer dan Rafael Nadal



Walaupun berada pada group yang tersendiri, Roger Federer dan Rafael Nadal ni telah menggunakan kehebatan, kekayaan, keglamouran, kehenseman dan segala ke- lagi la dengan mengadakan perlawanan amal bagi membantu mereka yang berada yang dalam kesusahan. FYI Roger Federer ada foundation dia sendiri dan begitu juga Rafael Nadal. Walaupun diorang ni saling berlawan-lawan nak jadi World Number One Male Tennis Player but still diorang ni bantu membantu dalam menjayakan foundation masing-masing.


Seperti contoh pada 21 Disember 2010 lalu, Federer MENJEMPUT Nadal untuk "berentap" dengan beliau di Hallenstadion Arena di Zurich, Switzerland which is kampung si Federer. Perlawanan ni khusus untuk memenuhi niat Roger Federer Foundation yang nak membantu rakyat-rakyat miskin di Afrika dan Switzerland.


The following day, Federer memenuhi JEMPUTAN Nadal pulak untuk "berentap" di Magic Madrid's Box which is in Spain kampung si Nadal. Perlawanan amal ni diberi nama sebagai "Joining Forces for The Benefit of Children" yang diorganise oleh Rafa Nadal Foundation.  Target perlawanan amal ini adalah untuk membantu remaja-remaja yang kurang berkemampuan. So sweeeeeet diorang berdua ni kan....euw!

Dan yang terbaru pada 16 Januari 2011 lepas, Federer dan Nadal bertukar bermain secara double menentang pemain tenis wanita, Kim Clijsters dan Samantha Stosur. Diorang ni pun pemain single tenis tapi dipasangkan semata-mata untuk berentap dengan Federer dan Nadal dalam perlawanan amal ni. Game amal ni diadakan khas untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Queensland, Australia. Diorang bermain secara tak serius tapi mempersembahkan kualiti persembahan permainan yang sangat -sangat menghiburkan. Siap berlawak ketawa lagi. Selain dari 4 orang ni, game ni juga diwarnai dengan kehadiran  pemain tenis cun nombor satu dunia, Caroline Wozniacki dan pemain tenis lelaki Serbia, Novak Djokovic.


Datuk Lee Chong Wei, Lin Dan & Tsunami..Bila lagi?



Kebetulan dengan berlangsungnya Kejohanan Terbuka Yonex All England 2011, dunia dikejutkan dengan bencana gempa bumi dan tsunami yang maha dahsyat melanda Negara Jepun. Sebesar-besar tsunami 10 meter tu,  telah meragut beribu-ribu mangsa dan menenggelamkan bahagian Pantai Timur Jepun. Washout!! Confirm la Jepun memerlukan bantuan dari negara lain memandangkan negara dalam keadaan yang miserable.

Melihat kepada reputasi dan kelebihan yang dimiliki, saya percaya yang Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan juga mampu untuk "manipulate" kelebihan yang ada pada mereka untuk membantu menyalurkan sumbangan kepada negara Jepun. Seperti juga Federer dan Nadal, hasrat murni diorang ni akan disokong penaja-penaja besar secara tak langsung akan menarik perhatian dunia untuk sama-sama menyumbang membantu negara Jepun.

Although hubungan diplomatik antara China dan Jepun tak begitu cun (member tapi tak mesra-disebabkan kes sejarah hitam antara diorang terutama berkenaan dengan pemilikan Taiwan. Rujuk kat sini-People's Republic of China–Japan relations), namun langkah bantuan ini juga mampu untuk menjernihkan sedikit hubungan diplomatik diorang yang keruh bak air teh "o" halia mamak tu. Download SPORTS: A TOOL FOR INTERNATIONAL RELATIONS

So diharapkan agar Datuk dan Lin Dan dapat melihat ini sebagai suatu inisiatif yang sangat positif yang bakal memberikan banyak kelebihan bukan sahaja kepada Jepun tetapi juga kepada masyarakat dunia. Tolak tepi segala ego (mesej untuk Lin Dan hehehe), fikir secara positif Insyaallah hasil akan tersemai...

Malaysia Boleh!


*Gambar ihsan dari Yonex All England Championships 2011

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Catat Ulasan