Logo Syarikat Dan Ilusi Optik



Assalamualaikum dan salam sihat,

Setiap logo yang dihasilkan tidak kiralah organisasi kecil sehinggalah syarikat gergasi, dihasilkan dengan mempunyai maksud yang tersendiri dan istimewa bagi organisasi tersebut. Dan yang paling penting menggambarkan ciri-ciri syarikat tersebut. So hari ni saya kongsi dengan para pembaca beberapa logo syarikat yang bukan sahaja istimewa bagi mereka tetapi juga menarik bagi kita. Ini dinamakan sebagai LBSS (Logo Bukan Syok Sendiri hehehe).. Hah layaaaan..


Saya pasti anda akan nampak anak panah jingga di bawah perkataan amazon.com. Anak panah tersebut yang menunjukkan dari huruf "a" ke "z" membawa maksud amazon mempunyai segala-galanya dari a ke z. Anak panah tersebut juga melambangkan senyuman yang terpapar pada wajah pelanggan yang berpuas hati dengan segala macam produk amazon. Puas hati x korang?

Perasan tak ada nombor 31 pada huruf BR di atas? Quite tricky kan..Nombor 31 tersebut sebenarnya melambangkan 31 flavours yang terdapat di Baskin Robbins. Tapi pada yang suka makan ni hati-hati yek sebab ada di antara flavour mengandungi alkohol. So tanye dulu sebelum beli ok?

Apa yang anda nampak pada logo Carrefour ni? Anak panah merah ke kiri dan biru ke arah kanan? Ataupun anda nampak huruf "C" di tengah-tengahnya?
Seperti logo Carrefour di atas, logo Fedex ini mempunyai anak panah. Tak nampak? Anak panah tersebut berada di antara gabungan "E" dan "x". Anak panah tersebut bermaksud kepantasan dan ketepatan yang mana menjadi prinsip syarikat ini.
Logo sukan bermotor ini mempunyai ilusi yang saya pasti ramai di antara anda dapat melihatnya. Nombor 1 yang terbentuk di antara huruf "F" dan garisan merah di atas, menambahkan keunikan logo ini.
Eye Bee M? Sebenarnya ini adalah logo bagi syarikat IBM yang dihasilkan pada tahun 1972 oleh Paul Rand. Tapi dah tak digunakan dah..
Pernah tak dengar berkenaan dengan game Cluenatic? Cluenatic merupakan game yang melibatkan klue-klue dan pemain perlu menyelesaikan permasalahan menggunakan klue tersebut. Tengok pada logonya dah tau yang game ni penuh dengan klue..Logo besar di belah kiri itu terbina dari huruf "C", "L", "U' dan "E".
Di atas merupakan dua majalah kekeluargaan yang dikeluarkan oleh Readers Digest. Saya pasti anda dapat melihat keunikan logo ini yang terang melambangkan kekeluargaan.
National Broadcasting Company merupakan salah satu network penyiaran terbesar di Amerika Syarikat. Lambang di atas perkataan NBC tersebut sebenarnya ialah burung merak yang sedang melihat ke arah kanan dan mempunyai 6 bulu pada ekornya.
Cuba lihat pada kawasan kaki yang ditarik dengan tangan kanan wanita di atas. Kawasan kosong tersebut sebenarnya adalah ilustrasi peta Australia.

Logo Sun Microsystem ini bermain dengan konsep simetri. Lihat di sebelah kiri dan anda akan melihat huruf "S" yang disusun. Huruf "S" tersebut sebenarnya terbina daripada huruf "U" dan "N" sekaligus terbentuklah perkataan SUN.
Coklat! Ni memang favourite saya ni. Logo Toblerone ni pun mempunyai ilusi yang tersendiri. Buka mata luas-luas dan anda akan nampak seekor beruang di bahagian lambang bukit di atas. Betul beruang! Tapi kenapa beruang pulak? Toblerone adalah syarikat coklat yang berasal dari Bern, Switzerland. Bern juga dikenali sebagai The City of Bears. Sebab tulah diselitkan beruang yang comel miut kat situ.

Goodwill Industries merupakan nonprofit organisation yang terletak di Amerika Utara yang membantu mereka yang dalam kesusahan. Sekali imbas, logo besar di atas kelihatan seperti muka manusia yang sedang senyum tetapi jika diperhatikan secara teliti, anda akan nampak huruf "g" pada muka tersebut.

Haaa ape yang nampak kat sini? "A" atau ehem ehem hehehe.. Sebenarnya ni logo A-Style,  syarikat  yang produce pakaian, jam, beg dan helmet pun dia buat jugak. Mengikut website A-Style ni, logo tersebut terhasil secara tak sengaja dari sepotong ayat iaitu gabungan di antara huruf "A" dan "i". Mula-mula logo ni ada satu dot saja iaitu dot di bawah tu. Nampak macam anjing dengan tuan dia. Lepas tu bila diorang tambah dot kat atas tu, terus logo ni berubah stail 18SX. Hehehehe...

Begitulah 16 logo yang sempat saya kongsikan pada entry kali ini. Penghasilan logo begini sangat menarik dan boleh menjadi inspirasi kepada kita. Nak hasilkan logo berilusi ni bukan senang dan memerlukan usaha try and error yang sangat banyak bergantung kepada kreativiti seseorang.. Susah tapi tak bermakna tak boleh.. Betul tak?Setakat ni je..

Jangan biarkan hidup anda diselubungi...IlusI..

Wassalam...

0 Comments
Disqus
Fb Comments
Comments :

0 Komentar:

Catat Ulasan